"Kurang-kurangkanlah daripada suka mengkritik orang, kerana kita kadang-kadang tidak sedar makhluk yang kita kritik diciptakan oleh ALLAH yang maha bijaksana, secara tidak langsung kita mengkritik ciptaan-NYA.Renungkan."

Bila SUAMI atau AYAH diistihar DAYUS???


Salam TK kepada semua rakan-rakan dan pengunjung Tazkirah Kejap. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga beliau. Moga-moga hari ini kita beroleh rahmat dan berkat daripada Allah s.w.t. Ikhlaskan niat hari ini untuk mempelajari dan mencari ilmu Allah s.w.t yang luas di seluruh bumi ini.

                Hari ini TK akan membawakan sebuah tajuk yang sungguh penting di zaman sekarang. Memandangkan maksiat begitu banyak berlaku dimana-mana sahaja. Bila lihat anak-anak gadis yang rosak dengan cara pakaian dan pergaulannya. Pusat hiburan yang semakin banyak di Bandar, sudah menjadi ‘trend’ anak muda sekarang.

                TK ingin memberikan info “Siapakah DAYUS??”. TK mulakan entri ini dengan sepotong hadis daripada Rasulullah s.a.w.

وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما    الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله


Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA" - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)

Lemahkah AKU dalam keluarga...


Salam kunjungan bagi rakan yang baru menemui ruangan Tazkirah Kejap. Setelah bertahun menyediri tidak menulis, hati tetap berbicara ‘tulislah..tulislah…tulislah’ agar diri ini sentiasa teringatkan siapakah diri kita ini. Hari ini TK hendak bawakan sebuah entri bertajuk Lemahkah Aku dalam keluarga lanjutan Atok sudah berpesan.

                Dahulu TK seorang yang biasa dan suka kepada hiburan. Maklumlah masih kecil seusia sekolah rendah. TK tidak mengerti apa erti kehidupan. Kenapa kita perlu hidup. Adakah untuk makan supaya kenyang. Adakah untuk minum supaya hilang haus. Adakah untuk bermain dengan rakan-rakan supaya hilang kedukaan atau kesedihan. Namun fikiran selalu mengiakan walaupun hati berkata ‘tidak’.

Bila ATOK sudah berpesan...

Gambar Hiasan


Salam semua pengunjung yang dihormati dan dirahmati Allah s.w.t.. Alhamdulillah hari ini kita bahagia dan gembira disamping keluarga. Tetapi berapa ramaikah antara kita yang bersyukur kepada Allah s.w.t. dengan nikmat bahagia tersebut. Hari ini TK hendak kongsikan sebuah kisah yang menarik dengan seorang tua dan budak kecil.

                Mereka berbual dengan rancak tanpa menghiraukan orang disekelilingnya. Berlakulah soal jawab antara mereka. Tiba-tiba lalu seorang pemuda yang tegap dan gagah di hadapan mereka. Mengikut adat dalam Islam pemuda tadi haruslah memberi salam kepada yang duduk lebih-lebih lagi yang duduk di situ adalah golongan yang lebih tua. Maka berlakulah konflik atau persoalan anak kecil tadi dengan orang tua tersebut.

        “Atok..kenapa pemuda tadi muka masam je??”

Kisah TOK IMAM dengan MAT LEPAK..!!

Gambar Hiasan

Salam semua kawan-kawan yang dihormati. Dalam kita berbincang dan berbual di ruangan maya ini ada segelintir yang menganggap web agama kebanyakkan membosankan. Tambahan lagi kurang siapa yang kurang faham tentangnya. Lebih-lebih lagi, jika sudah habis baca pun masih tidak faham. Pada peringkat ini sebenarnya kita kena selitkan entri-entri yang boleh menaikkan semangat mereka untuk lebih cenderung memahami agama.

Hari ini buat pertama kali TK bawakan entri berkisar jenaka untuk adik-adik, akak-akak atau abang-abang di ruangan Tazkirah Kejap. Nama watak di dalam cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah tiada. Jika sekiranya berlaku, ianya adalah secara kebetulan sahaja.

               Di dalam sebuah kg ada 3 orang anak muda yang suka melepak. Sorang bernama Mazlan, sorang bernama Azlan dan sorang lagi bernama Safri. Aktiviti seharian mereka menybabkan tok imam tidak senang duduk.


Betul ke ONANI itu HARUS?


Assalamualaikum kepada semua pengunjung dan rakan blogger. Moga hari ini lebih baik daripada semalam. Berdoalah di pagi hari agar kita beroleh keberkatan dan kerahmatan sepanjang hari yang kita lalui. Memang ‘best’ hidup bahagia disamping keluarga, terutama yang sudah berumah tangga. Tambahan lagi, hari cuti atau hujung minggu. Masa inilah untuk kita meluangankan masa yang ada untuk beramah mesra. Bagi yang belum berkahwin, sabarlah ya..

                Hari ini TK bercadang membawakan entri yang berkisar tentang ‘ONANI’ atau lebih dikenali dengan ‘lunch up’. Sebelum TK membahaskan perihal topik ini, ada satu kisah yang agak melucukan masa TK sekolah menengah. Ada seorang rakan TK ini, dia agak pandai berbahasa inggeris. Satu hari dia boleh Tanya dalam kelas kepada Cikgu BI (Perempuan belum kahwin) apa makna ‘lunch up’. Rakan lain punyalah ketawa, disebabkan Cikgu tadi tidak tahu makna perkataan tersebut lalu Cikgu itu meminta tempoh untuk diberitahu kepada semua pelajarnya.

                Tidak sempat satu hari, waktu rehat rakan TK sudah dipanggil Cikgu tersebut untuk dikenakan denda kerana menyoal perihal soalan yang berbaur ‘porno’ di dalam kelas. Semenjak itu, rakan TK tidak menyoalkan perkara yang bukan-bukan lagi dalam kelas.

PMR yang mengejutkan pihak pentadbiran..Apa RAHSIA???


Salam ukhwah kepada semua rakan blogger yang disayangi. Alhamdulillah hari ini kita diberi lagi peluang daripada Allah s.w.t. untuk terus menjalani kehidupan sebagai khalifah Allah atau pun pemegang amanah di muka bumi ini. Mulakanlah hari ini dengan senyuman yang manis dan ceria kerana setiap perbuatan atau amalan pada awal hari mempengaruhi keseluruhan hari.

                Alhamdulillah semalam pada 23/12/2010 keputusan PMR  telah dikeluarkan. Tahniah buat adik-adik yang mengambil PMR pada tahun ini. Moga dengan keputusan yang membanggakan boleh menjadi pendorong untuk mereka terus menuntut ilmu Allah s.w.t. Bagi yang kurang membanggakan jangan putus asa kerana Allah s.w.t. itu perancang yang sebenarnya. Mungkin hikmah disebaliknya adalah lebih baik bagi kita.

                Ramai yang bertanyakan siapakah ‘TK’ sebenarnya. TK adalah ringkasan daripada tajuk blog ini TazkiraH Kejap manakala nama ‘Faris’ adalah nama admin blog ini. Hari ini TK hendak beri satu info sebuah sekolah yang diberi nama “Sek. Men. Keb. Sri Gading” yang mencapai keputusan diluar jangkaan semua pihak.

                Perihal sekolah ini dahulu adalah sebuah sekolah bumiputera keseluruhannya. Pada peringkat awal pihak sekolah atau pihak pentadbiran memberi ‘target ranking top 10’ di peringkat daerah. Dengan kekuasaan Allah s.w.t. sekolah ini berjaya mencapai ‘ranking 3’ dalam daerah. Satu keputusan yang membanggakan sejurus memcahkan rekod sekolah selama penubuhannya.

"SEKSI" dari sudut pandangan TERUNA


Salam TK buat semua pengunjung blog Tazkirah Kejap. Alhamdulillah hari ini kita sihat dan bahagia disamping keluarga yang tersayang. Beberapa hari ini TK tak ‘post’ entri sebab bercuti bersama keluarga yang tersayang. Kita mulakan artikel ini dengan lafaz Basmallah semoga apa yang kita baca kita ingat dan mampu menyebarkan serta mengamalkannya. Jika ia bermanfaat gunakanlah andaikata ada yang tidak bermanfaat tinggalkanlah.

                Setelah bercuti bersama keluarga banyak pengetahuan yang TK dapat. Melihat ciptaan Allah S.W.T. yang cantik dan indah menyebabkan ketenangan hati dan jiwa. Lafazlah ‘subhanallah’ apabila kita melihat sesuatu penciptaan tuhan. Ada seorang ‘member’ ini, dia ini pantang tengok perempuan. Bila terpandang lalu dilafazkan ‘subhanallah’, lepas itu ajak pula kawan-kawan dia ‘usya’ perempuan itu dengan alasan bahawa kecantikan perempuan adalah ciptaan Allah S.W.T. Tambahan pula jika wanita tersebut seksi dan mengghairahkan. Semakin kuat ‘Astaghfirullah’ semakin kuat ‘Subhanallah’.

                TK pernah diberitahu suatu kejadian yang menarik perhatian TK. Waktu itu berlaku perbualan antara wanita yang seksi (tidak tutup aurat) dengan lelaki yang boleh dikatakan arif ilmu agamanya. Maka berlakulah perbualan seperti berikut:

'BEST' berilmu jika disebarkan...



Salam ukhwah rakan blog sekalian. Alhamdulillah kita masih lagi diberi peluang hidup oleh Allah S.W.T. pada hari ini. Mulakanlah kehidupan dengan mengucap ‘alhamdulillah’ sebagai tanda syukur kita kepadaNya. 

                Hari ini TK ingin menceritakan tentang perihal kehidupan. Pepatah orang barat ‘life is not a destination but it is a journey’. Kehidupan kita bukanlah satu takuk destinasi yang ingin dituju tetapi ia adalah sebuah perjalanan yang sementara.

                Tetapi kebanyakan manusia hari ini menjadikan dunia ini seoalah-olah sebuah destinasi yang ada penamatnya. Justeru, mereka berlumba-lumba mengejar dan berlari kea rah destinasi masing-masing. Alangkah ruginya kita andai kita tergolong daripada golongan ini.

Mahukan bantuan! Apa masalah paling susah diselesaikan?