"Kurang-kurangkanlah daripada suka mengkritik orang, kerana kita kadang-kadang tidak sedar makhluk yang kita kritik diciptakan oleh ALLAH yang maha bijaksana, secara tidak langsung kita mengkritik ciptaan-NYA.Renungkan."

Orang BERJAYA dan orang GAGAL..apa bezanya??

                Salam semua, apa khabar kalian hari ini? semoga sihat disamping keluarga. Bukan mahu cerita motivasi tapi ingin berkongsi pengalaman. Maklumlah kitakan mempunyai watak yang berbeza. Sudah tentu jalan ceritanya juga berbeza.

                Selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w. dan ahli keluarganya semoga kita mendapat rahmat semasa hari perhitungan nanti. Ramai yang kata dekat TK kenapa perlu ulang ucapan selawat ini. TK hendak soal kepada kalian dalam sehari berapa kali kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Adakah wajar bagi seseorang yang hendak mohon dan meminta rahmat dari baginda s.a.w. tapi ucapan selawat kepadanya hanya sekali-sekala.

                Di sini buka TK hendak perbahaskan ucapan tersebut, tapi cerita tentang kehidupan kita di dunia. Agak-agak kalian berapa kali kita berjaya dan gagal dalam kehidupan. Semestinya tidak terkira. Bagi mereka yang selalu gagal mungkin boleh mengira bilangan mereka berjaya. Tapi cukup jarang sekali orang yang selalu berjaya mengira bilangan kegagalan mereka.

Kehidupan di KK1....

                Salam kepada rakan blogger sekalian. Alhamdulillah setelah lama mendiam diri akhirnya Allah s.w.t. beri lagi kesepatan dalam penulisan blog ini. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan ahlinya semoga kita peroleh rahmat daripada baginda di akhirat kelak.

                Alhamdulillah hari ini TK hendak ceritakan pengalaman TK di Kolej Kediaman 1 (KK1). Setelah hampir seminggu beralih tempat kediaman, akhirnya TK boleh juga serasi di tempat yang baru. Bukan bermakna selama ini tidak serasi, tapi belum serasi.

                Masuk ke KK1 macam-macam kawan-kawan kata. Maklumlah mereka kebanyakannya menyewa di rumah-rumah taman. Bagi yang duduk atau tinggal di KK1 ini diorang beranggapan hidupnya dikongkong, terkurung dan macam-macam lagi.

Amal banyak tapi sengaja taknak bayar HUTANG>>>


 Salam rakan yang disayangi. Semoga kita masih lagi di bawah perlindungan Allah s.w.t. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan ahli keluarganya. Moga-moga kita semua beorleh syafaat daripada baginda. 

                Alhamdulillah hari ini kita masih lagi diberi kelapangan masa dan kesihatan badan untuk kita meneruskan kehidupan yang singkat ini. Hari ini TK hendak bawakan sapotong ayat Al-quran. Allah s.w.t. berfirman:


Maksud: “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermuamalat secara hutang hingga tempoh tertentu, maka hendaklah kamu menulisnya”.
(Surah Al-Baqarah:282)


            TK bawakan ayat ini kerana hendak mengingatkan diri dan rakan-rakan bahawa hutang bukan benda yang remeh-temeh bagi diri seorang muslim. Disebabkan hutang amalan kita tergantung. Hebat mana pun kita, banyak manapun amalan kita tapi jika berhutang maka amalan baik tersebut tidak dikira sehinggalah hutang itu dijelaskan.

                        Kebelakangan ini TK lihat ramai betul yang suka berhutang tapi tidak mengambil endah untuk membayarnya. Mereka beranggapan bahawa alah member-member hutang nanti boleh bayar, boleh runding, boleh settle. TK kesian dengan orang yang beranggapan seperti ini, mungkin tiada orang yang hendak memperingatkan mereka.

 Ada pula yang berkata:
“Alah kau ni member-member kira halal jela, itu pun nak berkira ke”.
“Ea aku tak bawak duit la, len kali aku bayar”
“Ko ni kawan-kawan berilah diskaun”

                     Nasihat TK kalau niat tu taknak bayar hutang, tak payah hutang. Tidak berguna amal banyak, belajar agama, tapi hutang keliling pinggang. Hendak ditegaskan dekat sini bahawa hutang tetap hutang. Samaada halalkan atau tidak itu atas budi bicara orang yang memberi hutang, bukan orang yang berhutang.

                      Ada pula member seorang ini, suruh kawan TK itu buat kerja, setelah selesai buat kerja member tu kata mahal pula. Nasihat TK kepada mereka-mereka ini kalau malas hendak buat kerja tapi kedekut hendak bayar  tak payah suruh orang lain buat tugasan itu. Ini benda dah selesai, tinggal hantar sahaja pun berkira hendak bayar…

                     Sekian daripada TK wallahua’lam….

                                                                            

First time masuk CORAL SPEAKING.. Conductor..,.!

 
Salam semua rakan blogger. Alhamdulilah syukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan kekuasaanNya kita bernaung di alam ini. Semoga kita selalu mengambil iktibar dibalik rahsia alam. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. semoga kita beroleh syafaat dan manfaat daripada baginda di akhirat kelak. 

                Hari ini TK ingin kongsikan kepada kalian bahawa barang siapa yang berusaha kejayaan dan kemenangan ditangan mereka. Kisahnya bermula bila ustazah Salma iaitu guru bahasa arab kelas TK memberitahu bahawa setiap kelas kena buat persembahan dan setiap persembahan membawa markah-markah yang tertentu. 

                Kami membuat keputusan untuk memilih ‘coral speaking’ sebagai pilihan. Hari demi hari kami berlatih. Segala penat lelah dan pengorbanan masa kami luangkan. TK ditugaskan sebagai ‘conductor’ untuk persembahan tersebut. Buat julungkalinya TK masuk pertandingan di bawah nama ‘coral speaking’ dan menjadi conductor bagi kelas TK. Mula-mula fikir boleh ke jadi conductor tanpa pengalaman. Rupanya percubaan itulah pengalaman, jika kita tidak mencuba pasti pengalaman kita tiada. 

                Pengalaman menjadi conductor suatu perkara manis yang tidak akan TK lupakan. Bermacam kerenah dan ragam manusia harus diserasikan bila bergelar conductor. Jika perangai dan kelakuan sebegini kena buat macam ini, kalau orang lain kena sesuaikan bakat yang ada pada orang itu. Mula-mula sungguh merumitkan tetapi lama-kelamaan sudah semakin serasi dan sepadu dengan kerenah mereka. Kadang-kadang macam nak marah tapi sabar jela…. Mungkin ini ujian Allah s.w.t. sebelum Dia beri berita gembira kepada hambanya.

                Hari perlawanan semakin hampir, hasil yang terbaik belum kami sepakati. Latihan demi latihan kami lakukan untuk menyesuaikannya dengan keadaan. Bila tiba hari yang ditunggu, hati berdegup semakin laju justeru gemuruh menjadi guruh. Pelengkap persembahan TK utarakan. Biar penat badan asal tujuan beroleh kejayaan.

                Kemuncak persembahan kami, dimulai dengan tepukan dari pihak penonton. Alhamdulillah segala hasil mengikut apa yang dirancang. Kami mendapat johan pertandingan tersebut. Benarlah kata pepatah siapa yang berusaha pasti dia beroleh hasil sepertimana yang dia usahakan. 

Sekian daripada TK, semoga kita beroelh hasil sepertimana apa yang kita rancangkan….

Musibah datang tanda kemenangan GEMILANG..!!



Salam kalian semua rakan blogger yang disayangi. Alhamdulillah hari dapat juga TK post satu entri di dalam blog ini. Setelah sekian lama menyendiri dan menyepi dari alam penulisan blog. Akhirnya TK tertarik semula untuk menulis kembali. Syukur kepada Allah s.w.t. kerana memberi lagi ruang kehidupan untuk TK terus menulis. Moga-moga apa yang TK hendak sampaikan memberi manfaat dan kebaikan kepada kalian.

                Hari ini TK bersyukur kepada Allah kerana melancarkan urusan duniawi TK sepanjang TK berada di USIM. Bersyukur juga TK mempunyai kawan-kawan yang sentiasa disamping TK walau dalam susah dan senang. Tajuk TK hari ini adalah “musibah yang datang tanda kemenangan gemilang”. 

                Pasti kalian tertanya-tanya apakah maksud tersirat dibalik tajuk entri kali ini. TK hendak bawakan sebuah cerita menarik tentang rakan TK. Andaikata rakan itu yang membaca moga-moga dia senang dengan penulisan yang serba ringkas ini.

                Kisahnya bermula bila seorang rakan TK ingin memulakan ‘presentation’ ataupun pembentangan dihadapan pensyarah. Malang tidak berbau tiba-tiba benda

Baru jumpa jawapan yang ADIL>>>



Salam kepada semua rakan yang dihormati. Alhamdulillah hari ini kita masih lagi diberi ruang dan luang masa untuk kita sama-sama saling berfikir tentang diri kita sebenar. Semoga kalian hidup dalam keadaan bahagia dan damai disamping keluarga.

                Selawat dan salam kepada junjungan besar baginda Rasulullah s.a.w. dan ahlinya. Semoga kita tergolong dalam kalangan yang mendapat syafaat dan pertolongan di akhirat kelak. Hari ini TK ingin bawakan sebuah entri perihal kehidupan kita sebagai orang awam.

                Pernah suatu ketika dahulu TK pernah bertanyakan pelbagai soalan berkaitan hukum-hakam islam. Bila ditanya kepada ustaz ini dijawabnya begini, kalau ditanya ustaz yang lain pula dijawabnya jawapan yang lain. Lalu TK fikir sampai bila hendak dapat jawapan yang betul dan sahih. Setelah berfikir maka TK membuat keputusan supaya TK mencari sendiri asal dan usul hukum tersebut.

Wali bagaimana yang kita mahu??? fikirkan..


Salam ukhwah semua rakan yang dihormati. Semoga kalian hidup dalam keadaan gembira dan lapang dada. Selawat dan salam kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. dan alhi keluarganya. Semoga kita semua beroleh syafaat daripada baginda.

                Bila ditanya tentang kehidupan. Pelbagai tafsiran dan pengertian yang akan diberikan. Bila pula ditanya tentang akhirat maka pasti jawapannya adalah hari @ tempat bila kita meninggalkan dunia ini. Ramai manusia berfikir apa yang nyata dan mampu dilihat pancaindera. Tetapi tidak ramai manusia berfikir benda yang tiada zahirnya seperti dosa dan pahala.

                Jika dihisab dosa dan pahala dalam bentuk nyata, pasti bilangan pahala lebih banyak berkali ganda berbanding dosa. Kerana manusia itu akan percaya setelah yakin ada dalam diri. Selagi mana dinamakan manusia itulah realitinya. Ibarat kita berniaga dalam internet (jual beli) tidak semua

Bila DAH pandai mengatasi ULAMA'??

Salam kepada pengunjung sdan rakan blogger yang disayangi. Semoga kalian sihat dan sejahtera disamping keluarga yang tersayang. Moga kita hari ini tidak menjadi orang yang rugi. Hidup itu sendiri merugikan. Pada siapa? Mereka yang suka dan leka dengan permainan masa.

               Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan ahli keluarganya. Semoga kita tergolong daripada golongan yang mendapat  syafaat baginda s.a.w. Hari ini kita beruntung kerana segala panduan dan rujukan telah pun disusun oleh ulamak-ulamak islam di dalam kitab-kitab mereka. Namun hari ini juga ada segelintir golongan yang menggunakan kitab2x mereka untuk mencari kesalahan dan kekurangan tentang isinya.

               Benar kata pepatah, “jauh perjalanan banyak pendapatan”. TK hendak bawakan tajuk yang agak ekstrem ‘bila hujah dipertikai’. Pemergian TK ke alam universiti membawa seribu persoalan tentang realiti kehidupan sebagai seorang siswa. Pelbagai pancaragam manusia yang dapat dilihat di sini. Segala tohmahan dan kutukan daripada satu pihak dengan pihak yang lain juga wujud.

Mahukan bantuan! Apa masalah paling susah diselesaikan?