"Kurang-kurangkanlah daripada suka mengkritik orang, kerana kita kadang-kadang tidak sedar makhluk yang kita kritik diciptakan oleh ALLAH yang maha bijaksana, secara tidak langsung kita mengkritik ciptaan-NYA.Renungkan."

TERIKUT-IKUT MEMBAWA PADAH



Salam takzim buat rakan blogger sekalian. Sudah lama rasanya tidak meng’post’ di blog ni. Sekian lama mencari erti seberna sebuah kehidupan. Kadang-kadang kurang kesempatan menulis untuk disebarkan. Bermain dengan fantasi dan ilusi memadamkan sifat kita mencari yang realiti. Selalu memandang terlalu jauh, kadang-kadang membuatkan kita alpa dengan benda yang dekat disisi. Terlalu sangat memikirkan masalah yang berat membuatkan kita leka dengan masalah yang ringan. Sederhanakan pemikiran kita, wasatiyahkan perlakuan kita, Insyaallah semua menjadi mudah untuk dipraktikkan.

Bertemu kita kembali hari ini di laman maya. Alhamdulillah, kita masih lagi diberi kesempatan dan ruangan masa daripada ALLAH untuk kita memperagakan pakaian yang indah, memperkata percakapan yang menyenangkan, yang penting mendekatkan diri dengan Yang Maha Pencipta. Saudara dan saudari hari ini saya ingin mencerita sebuah isu yang berlaku dikalangan mahasiswa. Iaitu TERIKUT-IKUT MEMBAWA PADAH. Saya memilih tajuk ini sebab, pada pengamatan saya di universiti ini banyak benda yang boleh menjadikan kita modal insan berguna dimasa akan datang. Tetapi disebabkan simptom terikut-ikut ini kadang-kala menjadi pendinding ke arah visi dan misi tersebut.

Tidak hadir kuliah

Menjadi suatu kebiasaan bagi seorang pelajar mahasiswa malas untuk ke kuliah. Kalau kita lihat fenomena ini kurang berlaku seawall semester pertama. Kerana mereka belum mengenal lagi suasana di university. Namun masa ke masa perkara sedemikian dipandang enteng oleh sebilangan pelajar mahasiswa. Mereka merasakan kuliah tidak penting berbanding tutorial. Selepas dibuat pemerhatian bukanlah perasaan mereka yang menjadi faktor utama, tetapi ikut-ikutan rakan serumah dan sebilik yang tidak hadir bersama.

Lebih memalukan bila bilangan pelajar yang hadir hanya ¼ daripada keseluruhan pelajar. Ada pula yang mengatakan bila dirinya dipersoalkan “alah rilek la bro, periksa lama lagi”. Jawapan mudah dan ringkas ini menyebabkan mereka tidak ambil kisah ilmu yang pensyarah ingin sampaikan. Setiap hari itu berbeza, ilmu yang kita dapat hari ini, tidak akan sama dengan ilmu yang kita peroleh dihari esoknya. Walaupun bab dan matapelajaran yang sama. Kerana ilmu itu milik ALLAH, pensyarah akan menyampaikannya dengan keizinan ALLAH.

Personaliti

Isu kedua yang berbangkit selepas penelitian adalah ikut-ikutan personaliti. Saudara dan saudari berpenampilan kemas dan menarik itu bukan permasahalatannya tetapi berbelanja mengikut kemampuan itulah menjadi pokok dasarnya. Tak kisah kalau kita memang seorang yang berada dan kaya. Keluarga kita mampu untuk menunaikan permintaan kita. Tapi bagaimana pula mereka yang kurang kemampuannya berbanding kita. Mereka yang dikejutkan dengan kejutan budaya, tambahan lagi wang pinjaman PTPTN yang beribu banyaknya. Membuatkan kita lupa dan leka apa yang sepatutnya dibelanjakan terlebih dahulu.
Kehendak boleh ditunaikan selepas keperluan dilaksanakan. Sebab itu ada kawan yang senang bidang kewangannya berpewatakan sederhana, sebab mereka faham sekeliling mereka. Sebab mereka faham status rakan mereka yang datang daripada pelbagai keluarga. Mereka tidak hendak rakan mereka terikut-ikut dengan budaya mewah, lagak orang kaya. Walaupun mereka mampu, tetapi mereka lebih memahami apa yang sepatut diperagakan dan disesuaikan berdasarkan keadaan sekeliling.

Mahukan bantuan! Apa masalah paling susah diselesaikan?