"Kurang-kurangkanlah daripada suka mengkritik orang, kerana kita kadang-kadang tidak sedar makhluk yang kita kritik diciptakan oleh ALLAH yang maha bijaksana, secara tidak langsung kita mengkritik ciptaan-NYA.Renungkan."

KAPAL TERBANG MENDARAT DIKAMPUNGKU



Salam kalian semua. Rakan-rakan blogger, kawan-kawan sekampung, sekelas dan rakan-rakan yang sedang membaca ni. Semoga hari ini hari keberkatan dan kerahmatan ALLAH kepada kita semua. Amin. Tanpa keberkatan dan kerahmatan ALLAH tiada bermakna kita tinggal di dunia. Nak dapat keberkatan ni macam-macam cara kita boleh guna. Dalam kita menlaksanakan tuntutan suruhan ALLAH dan rasulNYA, kta juga dikehendaki meninggalkan laranganNYA.

Hari ini nak cerita pasal kehidupan dikampung. Moga-moga dijadikan pengajaran dan iktibar supaya kita tidak tergolong daripada mereka ni. Aspek yang ni je tau. Bukan bermakna orang kampong ni semua jahat-jahat. Orang Bandar pun lebih kurang jugak.

Kisahnya begini, alkisah suatu hari ada perjumpaan mesyuarat antara mereka ni. Topiknya nak buat pintu gerbang kampong. Pintu gerbang ni bagi sesiapa yang tak tahu pintu hadapan nak masuk kampung. Mereka dah buat keputusan bahawa benda ini dipertandingkan. Barang siapa yang hasil rekaannya menarik dan logic maka dia terpilih sebagai pemenang.

Maka tibalah hari yang ditunggu-tunggu untuk pemilihan siapakah gerangan pemenang rekaan pintu gerbang ni. Maka ada satu rekaan yang dipilih sebagai pemenang. Lawa la jugak. Peruntukan yang diberi rm5000 tapi rekaan ni memerlukan hanya rm3500. Sudah cantik kat situ. Rm1500 boleh simpan. Betul tak.

Nak dijadikan cerita ketua kampong ni punya hal. Dia tak terima keputusan rasmi yang telah dibuat dalam mesyuarat. Maka timbulkan segala pertelingkahan antara orang kampong. Ketua kampong ni nak pintu gerbang rekaan yang lain. Tengok-tengok dia pilih pintu gerbang yang ada kapal terbang dekat atasnya. Sungguh menggelikan hati bila lihat orang kampong pun boleh gaduh pasal pintu gerbang je. Nak kata pemikiran tak matang semua sudah cecah usia 40-an, 50-an. Makan dah seguni garam. Kata orang tua-tua. “Aku ni dah makan banyak garam”. Nilah jadinya.

Maka terjadilah umpatan-umpatan diseluruh kampong. Biasalah manusia ni memang cukup pakar dalam bidang umpat mengumpat ni. Tak payah pergi sekolah mengumpat pun mereka terror. Tiba-tiba modal buat kapal terbang tu melebihi harga yang diperuntukkan. Rm 6000 lebih jugak la. Haa.. baru padan muka. Elok-elok keputusan rasmi rm3500, kata nak jimatlah, nak kurangkan membazirlah. Akhirnya, terlebih kos. 

Mulalah nak mintak sumbangan orang kampong nak selesaikan penyiapan kapal terbang tu. Kalau anda jadi orang kampong pun belum tentu anda nak bagi. Sebabnya, dah la pendapat kita ditolak mentah-mentah, kita keputusan ikut akal logic dia je. Keputusan rasmi boleh diubah mengikut cita rasa dia. Dah susah baru menagih simpati kepada orang kampong. Haha… memang pelik bagi saya.

Last2x dia tengok orang kampong takda respond dia keluarkan duit dia. Inilah manusia bila terlalu ikutkan pendapat peribadi berbanding majority. Kalau abang2x dan akak2x perhati betul-betul banyak benda negative telah berlaku jika kita ikut kehendak kita tanpa fikir orang lain. Pertama, orang kampong dapat dosa ngumpat sana sini sebab keputusan dia. 

Kedua, orang yang menang kecik hati sebab pintu gerbang beralih kepada idea orang lain. Ketiga, orang kampong berpecah belah. Keempat, Dia juga rugi sebab kena guna duit dia untuk siapkan kapal terbang. Kelima, membazir sebab elok-elok dapat simpanan rm1500 habis gitu je. Keenam, saya tengok pintu gerbang tu macam tak stabil je. Yela. Mula-mula orang yang buat tu kata kapal terbang tu beratnya lebih kurang 80 kg je. Bila dah siap rupanya 200 kg lebih. Benda yang menampung berat tu pun pakai still je. Nauzubillah kalau angin tiup, tiba-tiba kapal terbang tu betul-betul terbang. Terus sampai London. Haha.

Ok abang2x dan akak2x. Selingan cerita daripada saya. Ambil iktibar untuk kita jadi orang yang lebih bersifat matang dalam membuat keputusan. Ingat kadang-kadang kehendak kita tak boleh diperturutkan sangat. Takut-takut beginilah jadinya. Disebabkan membesarkan nafsu diri kerana mempunyai kuasa, akhirnya kita juga yang marasa akibatnya. Sama-sama fikir. Wasalam daripada saya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsi idea murni anda di sini :)

Mahukan bantuan! Apa masalah paling susah diselesaikan?