"Kurang-kurangkanlah daripada suka mengkritik orang, kerana kita kadang-kadang tidak sedar makhluk yang kita kritik diciptakan oleh ALLAH yang maha bijaksana, secara tidak langsung kita mengkritik ciptaan-NYA.Renungkan."

Siapakah DAJAL sebenarnya... Manusia atau Raksasa?


Salam pengunjung yang dirahmati Allah S.W.T. Semoga kalian sihat dan sejahtera disamping keluarga yang tercinta. Lafaz Bismillah pembuka bicara daripada saya ingin mengingatkan diri saya dan kalian semua tentang satu fitnah besar yang telah kita lupakan. 
      
      Jika saya bertanya kepada anda “Kenalkah anda kepada Dajal?” sudah tentu pelbagai jawapan yang saya terima. “Dajal ini gergasi yang menakutkan”, “Dajal adalah musuh utama kita selain Iblis laknatullah”, “Dajal ini akan memfitnah kita di Akhir Zaman nanti”, “Dajal ini boleh menggunakan azimat yang Allah S.W.T. beri kepadanya”.
Akan tetapi sayang seribu kali sayang Dajal yang kita fikirkan jauh daripada apa yang kita bayangkan.


        Maksud saya, apa yang kita sandarkan sifat Dajal dari segi sifat fizikalnya dan rupa parasnya.
Sering kita dengar semasa kecil, “Dajal ini matanya satu, wajahnya menakutkan, suaranya menggerunkan” akan tetapi bukan itu yang Rasulluah S.A.W. maksudkan. Cuba kita bayangkan gergasi bermata satu datang kepada sesuatu kaum, nescaya tidak ada sesiapa yang akan mengikuti Dajal.

          Secara dasarnya Dajal itu adalah seorang manusia. Dia dikurniakan Allah S.W.T. umur yang panjang. Kecerdikan dan kepandaian akal fikiran. Mahir dalam semua bidang ilmu dunia. Seorang ahli magik atau lebih dikenali sebagai Ahli Sihir yang berkuasa sehingga mampu menghidupkan benda yang telah mati. Hidupnya setiap zaman kegemilangan dunia. 
  
        Jika kita perasan setiap zaman kegemilangan tamadun dunia mesti ada seorang penasihat pemerintah yang bijak dan laksana. Misalnya Zulzulcan, Merlin, Imhotep dan ramai lagi. Mereka ini seolah-olah menjadi penyelamat ataupun hero di zaman tersebut. Lebih menarik lagi, mereka mampu menkaji bingtang, angkasa, masa depan, mencipta benda-benda atau bangunan-bangunan yang paling ajaib di dunia sebagai tanda di zaman tersebut adanya orang yang hebat tiada tandingan.

         Dajal sungguh licik dan bijak wahai rakan-rakanku, tanpa kita sedari zaman kini sudah terlampau banyak fitnah Dajal yang Rasulullah S.A.W. pesan kepada kita supaya kita hindarinya. Tanpa kita sedari dunia kini sedang mengagung-agungkan semua fitnah-fitnah Dajal. 
 
         Jika anda tidak keberatan membaca kisah ini, mari kita hayati bersama betapa liciknya Dajal. Dajal sebenarnya cemburu dengan kerajaan Nabi Sulaiman Alaihisalam yang diiktiraf Allah S.W.T. sebagai raja segala kerajaan. Tiada kerajaan sebesar dan sehebat kerajaan Nabi Sulaiman Alaihisalam di dunia ini melainkan Kerajaan Allah S.W.T. yang tiada tolok bandingnya. Justeru itu diaturnya langkah-langkah yang rapi dan terancang untuk mempengaruhi seluruh makhluk di muka bumi ini. Tanpa kita sedari kita pun terkena tempiasnya.

       Saya mulakan dengan pengembaraan Dajal bermula 1500 Bc lagi. Ini bermakna 1500 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa Alaihisalam. Dia mengembara keseluruh dunia untuk mencari ilmu dan pengetahuan. Kawasan paling sejuk dan paling panas bukan tentangan baginya untuk memastikan rancangannya itu berjaya. Dia mula bergaul dengan sekelompok manusia pada zaman tersebut. Pada kebiasaannya, Dajal akan muncul dengan wajah yang kacak, alim dan seperti manusia yang baik budi pekertinya. 

          Dia mula mengajar ilmu-ilmunya kepada semua manusia di kawasan tersebut. Mereka yang tidak berilmu terus menghormati Dajal seperti penyelamat dunia. Dia akan bawa manusia kea rah meningkatkan tamadun supaya manusia bangga dan riak dengan kehebatan mereka. Dajal mula mengistiharkan dirinya seorang yang paling mulia di dunia kerana semua keinginan manusia dikabulkannya. Manusia lama-kelamaan mengaku bahawa Dajallah tuhan mereka. Lalu pada suatu hari Dajal pun berpesan, “Wahai pengikutku, tidak lama lagi aku akan pergi daripada sini, tetapi kamu semua jangan bimbang kerana pada akhir usia bumi ini aku akan muncul lagi untuk menjadi penyelamat dunia ini. Di waktu itu sesiapa yang mengikutku akan selamat, siapa yang mengingkariku akan menempah binasa. Serulah bahawa aku adalah tuhanmu.”

           Lalu Dajal pun mengembara ke kawasan lain untuk menyebarkan fitnahnya. Disuatu tempat yang lain, seperti biasa Dajal akan mengajar ilmu-ilmu perubatan, sains, kimia, geologi dan sebagainya yang tidak terfikir manusia pada zaman itu. Mereka akan mempercayai bahawa manusia di depan mereka ini lah yang akan menjadi penyelamat mereka nanti. Dajal di tempat ini akan menasihati ketua pemerintah pada waktu itu untuk membina sebuah bangunan yang ajaib agar menjadi simbol kemegahan dan kekuasaan kerajaan pada waktu tersebut.

        Kita ambil contoh piramid-piramid yang menjadi salah satu tanda keajaiban dunia adalah salah satu monument tinggalan sejarah Dajal laknatullah.
Dajal seorang yang cerdik, dia tidak akan sesekali membocorkan rahsianya bahawa dia adalah Dajal. Salah satu kelebihan Dajal ialah boleh mengubah-ubah paras rupanya. Mungkin anda semua hairan “habis kenapa orang kata Dajal itu matanya satu”. Memang benar dakwaan itu, Dajal akan bermata satu ketika di akhir usia dunia ini. Ketika itu majoriti manusia telah tahu bahawa itu adalah Dajal. Dan hendak dibetulkan disini bahawa Dajal itu bukannya gergasi ataupun makhluk aneh. Dia memang manusia cuma buta mata sebelah kanan pada akhirnya. Bukan dia itu bermata satu. Kita asyik membayangkan bahawa Dajal itu bermata satu nescaya takkan kita temuinya. Rasulullah S.A.W. menasihati dan mengarahkan kita agar berdoa daripada fitnah Dajal kerana fitnahnya itu yang lebih utama bukan rupa paras dan fizikal Dajal itu sendiri.

          Orang sekarang selalu fikir bila agaknya yang dinamakan akhir zaman. Jikalau anda ingin tahu sekarang adalah akhir zaman yang mana usia bumi ini akan berakhir. Untuk pengetahuan kalian pembaca yang dirahmati Allah S.W.T. sesungguhnya Dajal-dajal kecil itu telah lama keluar di muka bumi ini. Kita sering disogokkan bahawa Dajal itu tinggal di segi tiga permuda tanpa kita sedari kita sudah ditipu oleh fitnah dajal yang membuatkan segitiga permuda itu kawasan yang digeruni manusia. “Kapal lalu hilang, orang pergi hilang” padahal permukaan segitiga permuda itu secara semula jadi merupakan kawasan paling tinggi daya tarikan graviti bumi. 

       Segala benda di dunia ini akan disedut di kepulauan tersebut. Bukan disebabkan Dajal itu tinggal di situ. Dajal ini merupakan seorang yang bijak dan mahir dalam semua ilmu pengetahuan dunia. Lantas itu dia menggunakan ilmu kaji bintang, bumi, sains dan geografi untuk menutup bayangan manusia tentang dirinya. Dia tahu kawasan mana yang baik untuk dia buat monument sejarah yang dianggap agung sekarang berdasarkan kedudukan bintang. Jika kalian ingin tahu mengapa tidak satu Negara pun boleh membina piramid yang sama sebagaimana di Mesir. Jawapannya senang sebab Dajal membina sesuatu berdasarkan kedudukan bintang-bintang di langit yang menyebabkan keteguhan sesuatu pembinaan di bumi.

        Jika anda pakar kaji bintang sudah tentu anda tahu bahawa tiada tempat lain di muka bumu ini melainkan di kawasan piramid itu sahaja sesuai didirikan piramid. Walaupun anda membina 1 meter dari jarak piramid di Mesir dari segi kekukuhan tidak akan sama dengan kedudukan piramid yang Dajal sudah kaji.

         Muhasabahlah diri kita balik bahawa sesungguhnya dunia ini akan binasa satu hari nanti. Tanda-tanda kecil dan besar sudah muncul. Tinggal kita tidak perasan. Cuba kita bayangkan ulamak-ulamak Islam semakin lama semakin kurang, bukankah itu tanda Allah S.W.T. menarik ilmu-Nya. Ahli fasiq menjadi pemimpin semakin ramai di dunia. Perempuan melahirkan tuan(anak yang derhaka), bencana alam sering berlaku, bibit-bibit peperangan mula dibangkitkan, dunia diperintah oleh orang kafir dan penzinaan menjadi suatu kebiasaan. 

          Percayalah bahawa pada suatu hari nanti bangsa yang pada asalnya tiada tanah dan Negara akan memerintah dunia. Itulah bangsa Israel laknatullah. Kalau dilihat kajian dan calendar pengkaji masa. Semua perkara di dunia ini telah diketahui Cuma kita yang jahil dalam perkara ini. Musuh kita sibuk merancang menjatuhkan Islam kita seronok mempermainkan Islam. Lihatlah zaman kejatuhan Bani Uthmaniah di Turki. Bagaimana kerjaaan dunia Islam boleh jatuh. Semua ini telah dirancang dengan teliti. Dajal tidak akan menonjolkan diri untuk menawan kita. Sebaliknya dia hanya merancang bagi pihak lain untuk mengaplikasikan niat dan cita-citanya. Tidakkah kita terfikir mengapa begitu pandai orang kafir hendak menjatuhkan Islam. 
 
          Jawapan yang mudah adalah salah seorang daripada mereka adalah Dajal laknatullah. Seperti mana yang saya katakan sebelum ini Dajal seolah-olah menjadi penyelamat dunia dan orang yang bijak darisegi pelbagai ilmu. Kalau kita fikir sewaktu Nabi Sulaiman mengarahkan Jin Ifrit merampas semua mentera dan sihir supaya di tanam di bawah istana baginda yang mana sekarang tempat terletaknya baitulmaqdis. Tidak ada sesiapapun orang yang tahu peristiwa tersebut. Akan tetapi bagaimana orang-orang kafir ini boleh tahu kejadian tersebut.

           Semestinya dengan bantuan seorang yang konon-kononnya mengetahui perkara yang telah berlaku (Dajal).

         Jika kita melihat kartun-kartun yang direka oleh golongan barat ini. Kebanyakannya seperti ada maksud tersirat disebalik itu. Apa yang saya perhatikan kebanyakan kartun berunsur imaginasi seperti doreamon yang menanam di fikiran kanak-kanak kecil tentang sesuatu yang syirik untuk kita percayainya. Seolah-olah akan ada seorang penyelamat dunia akan muncul dalam masa dewasa ini. Ultraman, Superman, Batman dan banyak lagi seolah-olah penyelamat dunia diwaktu manusia ditimpa kesusahan dan penderitaan. 

          Iklan tv3 yang yang membayangkan bahawa ada seorang tua di musim perayaan yang memberi hadiah dengan menaiki kuda terbang. Bukankah ini semua fitnah Dajal yang kita tidak sedari??
Tambahan lagi kisah-kisah filem yang menayangkan peperangan, keganasan, kebinasaan yang seolah-olah ada orang yang telah mengetahui akan berlakunya perkara ini. Sudah tentu ada disebalik mereka yang menjadi penasihat untuk mereka memerintah dunia.  

            Akhir daripada TK, hindarilah anak-anak kita daripada melihat kartun berunsur magik, superhero dan bertentangan dengan akidah. Mungkin suatu hari nanti mereka akan terpengaruh yang kononnya suatu hari nanti ada superhero akan menolong mereka. Sedikit sebanyak akan memesongkan akidah anak kita yang bergantung kepada makhluk berbanding Allah. S.W.T.
Wasalam…..

6 ulasan:

  1. owh.. baru paham ape konspirasi dajal sebenarnya...
    semoga kita diberi kekuatan untuk menyangkal segala fitnahnya...amin

    BalasPadam
  2. Y betul "Musuh kita sibuk merancang menjatuhkan Islam kita seronok mempermainkan Islam"

    itulah realiti dunia hari ni

    Tq info yang manafaat...

    BalasPadam
  3. mudah2x kita tidak terlalu leka dgn prncangan mereka...amin

    BalasPadam
  4. salam,,

    sekadar perkongsian,,

    apa y saya tahu, makhluk Allah Dajjal ni buta mata kirinya,, wallahua'lam,,

    thank 4 the shared,,
    moga2 kita semua mampu cukupkan amal dan tingkatkan iman agar mampu menangkis semua fitnah Dajjal,,

    BalasPadam
  5. benar Dajal itu buta mata kirinya...
    tetapi setelah semua manusia tahu itu adalah Dajal...
    Rasulullah S.A.W. menyuruh kita berdoa daripada
    fitnah dajal...
    ini bermakna fitnahnya lebih dasyat jika dibandingkan rupa parasnya...
    semoga allah memberi kita petunjuk...waallahua'lam...

    BalasPadam
  6. Semoga Allah lindungi umat Islam daripada segala fitnah dajjal laknatullah...

    BalasPadam

Kongsi idea murni anda di sini :)

Mahukan bantuan! Apa masalah paling susah diselesaikan?