"Kurang-kurangkanlah daripada suka mengkritik orang, kerana kita kadang-kadang tidak sedar makhluk yang kita kritik diciptakan oleh ALLAH yang maha bijaksana, secara tidak langsung kita mengkritik ciptaan-NYA.Renungkan."

HUTANG perosak kehidupan



Salam rakan blog Tazkirah Kejap. Bagaimana hari ini? Mungkin kita gembira.. mungkin juga kita derita dengan pelbagai masalah diri dan keluarga. Hari ini TK nak kongsikan coretan bab HUTANG. Siapa sepanjang hidupnya tidak pernah berhutang, mungkin itu suatu yang mustahil untuk kita elakkan. Siapa yang selalu berhutang, mungkin ini menjadi kebiasaan bagi diri setiap insan.

                TK Cuma nak kongsi sedikit pengalaman TK dengan kalian tentang orang yang berhutang ini. Pertama, jika kita nak berhutang, kita kena pastikan yang kita mampu bayar balik hutang kita. Andaikata tidak mampu, gunakanlah bekalan yang sedia ada.

                Biasanya orang yang berhutan ini dia inginkan sesuatu yang lebih daripada yang dia ada sekarang. Contohnya tahun ini dia ada simpanan RM3000, oleh sebab hendakkan simpanan yang lebih banyak, dia sanggup berhutang untuk melabur, membuka rangkaian perniagaan yang lebih besar atau pun menginginkan sesuatu yang luar dari kemampuan diri mereka.


                Lebih menyedihkan golongan tersebut ditipu atau dikhianati oleh sebuah agensi tempat melabur. Apa yang kita impikan hanya ‘omongan’ kosong dan janji palsu yang tidak boleh pakai. Mengikut kajian TK golongan seperti ini tidak akan berasa puas ditipu berkali-kali. Mereka tetap mengulangi perkara yang sama. Tanpa mereka sedari hutang sudah ‘tinggi menggunung’. Disebabkan langkah pertama kita akan berterusan mengikuti langkah yang seterusnya.

                Kedua orang yang berhutang untuk membesarkan rangkaian perniagaan. Mungkin mereka menganggap bahawa perniagaan mereka semakin maju tetapi mereka lupa yang mereka itu berhutang. Jika kita membuat kajian bahawa orang yang berjaya di dunia ini bermula daripada kecil-kecilan atau pun kesempitan hidup. 90% daripada mereka yang muslim mengatakan biar kita dapat sedikit tetapi membawa keberkatan, kerana keberkatan akan membawa kita untuk lebih mendapatkan kejayaan.

“Biar kita untung sedikit tetapi berterusan, daripada kita untuk banyak tapi sekali dalam kehidupan.”
Kita boleh berjaya asalkan kita tahu bahawa yang menentukan kejayaan dan kekayaan adalah Allah s.w.t. bukannya jumlah modal yang kita peruntukkan. Jujur TK kata di sini bahawa kejayaan seseorang yang bermula dari bawah ke atas lebih rasa kenikmatan jika kita ber’hutang’ untuk memulakan perniagaan yang besar tanpa pengalaman.

                Kita boleh menyelesaikan masalah kita jika kita mula dengan kesusahan. Kita boleh kembangkan duit daripada RM1000 menjadi RM1 juta jika kita tahu mengendalikan. Itulah sebenarnya perniagaan bukan dengan membelanjakan wang sejumlah RM1 juta tapi tiada pengalaman dan kesusahan kerana lama-kelamaan duit tersebut akan habis jika kita lena digelar jutawan. TK bagi contoh perbandingan di sini.

                Pertama:
                “Dia ini seorang yang susah dengan kemiskinan, tetapi dia mempunya tekad untuk membuka perniagaan, maka orang ini pun mulakanlah perniagaan dengan bermula daripada kecil-kecilan. Tahun ke tahun dia semakin maju dalam perniagaannya. Pada masa yang sama dia telah melalui liku-liku alam perniagaan yang bermacam ragam. Oleh sebab dahulu dia bermula daripada bawah, dia telah dapat banyak pembelajaran sepanjang tempoh penglibatan di alam perniagaan tersebut. Segala masalah dan kerumitan telah biasa diselesaikan. Tambahan lagi, golongan seperti inilah pada kebiasaannya akan membantu dan menolong orang yang dalam kesusahan. Mungkin kerana mereka sendiri tahu bagaimana hidup dalam kesusahan”
Kedua:
                “Dia seorang yang dilimpahi kekayaan sejak di dalam buaian lagi. Segala kesenangan sudah dikecapi, mungkin kerana dilahirkan oleh keluarga kaya. Tetapi orang ini bila besarnya diberi kepercayaan untuk mengendalikan perniagaan milik keluarganya. Pengalaman anak dan bapa mungkin berbeza. Jika dahulu bapanya bermula daripada susah menuju senang tetapi anak sudah berada ditahap kesenangan. Setelah diberi kepercayaan di anak ni pun gunakanlah kekayaan yang dimiliki sewenang-wenangnya tanpa pengalaman dan ilmu. Oleh kerana sifat ketamakan membelenggu fikiran. Si anak ini ingin menlebarkan rangkaiaan perniagaan. Tanpa berfikir panjang si anai tadi pun berhutang lah sejumlah wang yang melebihi asset syarikat tersebut. Pada fikirannya, dia mampu membayar setelah perniagaannya lebih maju nanti. Setelah setahun mengendalikan perniagaan keluarganya si anak buntu menyesaikan masalah yang tidak pernah dilaluinya semasa di alam perniagaan. Disebabkan itu perniagaannya semakin merosot dalam masa yang sama hutang belum dilangsaikan. Akhirnya perniagaan hanya tinggal ingatan, kesenangan kini bertukar kesusahan”

Di sini kita lihat dua perbezaan jika kita memulakan perniagaan daripada bawah tanpa mengambil hutang dengan orang yang dilimpahi kesenangan tetapi berhutang untuk memajukan perniagaan.
Ketiga, orang ini suka mendapatkan atau memiliki barang yang diluar kemampuan. Kebiasaan scenario ini berlaku dikalangan pelajar IPTA dan IPTS. Tidak kurang juga dikalangan orang yang bekerja. Mereka sering terikut-ikut ‘trend’ masa kini yang sebenarnya memerangkap diri sendiri. Mana tidaknya kerana mengikut keinginan nafsu kebendaan mereka sanggup berhutang dengan rakan. Tanpa perasaan mampu atau tidak membayar kembali hutang tersebut.

                Ingatlah wahai rakan bahawa hutang ini bukan di dunia sahaja tetapi ia akan mejerat diri kita di akhirat kelak. TK bagi contoh seorang pelajar IPTA:

                “Zaki(bukan nama sebenar) seorang yang suka bergaul dengan rakan seuniversitinya. Melepak, berbual kosong dan menonton bola sepak adalah perkara kegemarannya. Suatu hari zaki meminjam duit daripada seorang rakannya untuk pergi ‘warung’ katanya. Dia pun pinjamlah RM10 dengan keyakinan dapat membayar balik hutangnya. Pada hari yang lain disebabkan keinginannya menonton perlawanan bola sepak dia meminjam lagi RM30 untuk membeli tiket. Dia ‘mencagarkan’ pinjaman PTPTN yang akan diterimanya pada bulan depan untuk menyelesaikan hutang-hutangnya. Disebabkan kesian dan simpati rakan tersebut berilah duit atas dasar kepercayaan kepada zaki. Disebabkan pernah berhutang ia seperti ketagihan yang sukar dielakkan. Kebiasaan berhutang dengan rakan membawa zaki kepada keseronokan berhutang tanpa memikirkan bahawa PTPTN juga adalah hutang yang perlu diselesaikan. Bulan ke bulan tiada berita yang disampaikan zaki kepada rakannya. Zaki kini salalu mengelakkan diri daripada bertemu rakannya, mungkin kerana tidak mampu membayar hutang. Disebabkan itu juga zaki telah kehilangan rakan dan kepercayaan kawan-kawannya. Disebabkan hutang yang tidak dilangsaikan sepertimana janji yang tidak dikotakan”
Kita dapat lihat di sini bahawa hutang adalah suatu ketagihan yang berterusan dan berangkai.

“ Ibarat orang berbohong, dia akan berbohong dan terus berbohong untuk menutup pembohongannya yang pertama.”

Elakkan daripada berhutang jika tiada keperluan untuk berhutang. TK ceritakan agak panjang ‘post’ kali ini disebabkan HUTANG boleh merosakkan kehidupan, impian dan kehilangan rakan serta kepercayaan. Jauhilah HUTANG demi kesejahteraan hidup kita. Insyaallah Aminn…Wasalam daripada TK
               



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsi idea murni anda di sini :)

Mahukan bantuan! Apa masalah paling susah diselesaikan?