"Kurang-kurangkanlah daripada suka mengkritik orang, kerana kita kadang-kadang tidak sedar makhluk yang kita kritik diciptakan oleh ALLAH yang maha bijaksana, secara tidak langsung kita mengkritik ciptaan-NYA.Renungkan."

PMR yang mengejutkan pihak pentadbiran..Apa RAHSIA???


Salam ukhwah kepada semua rakan blogger yang disayangi. Alhamdulillah hari ini kita diberi lagi peluang daripada Allah s.w.t. untuk terus menjalani kehidupan sebagai khalifah Allah atau pun pemegang amanah di muka bumi ini. Mulakanlah hari ini dengan senyuman yang manis dan ceria kerana setiap perbuatan atau amalan pada awal hari mempengaruhi keseluruhan hari.

                Alhamdulillah semalam pada 23/12/2010 keputusan PMR  telah dikeluarkan. Tahniah buat adik-adik yang mengambil PMR pada tahun ini. Moga dengan keputusan yang membanggakan boleh menjadi pendorong untuk mereka terus menuntut ilmu Allah s.w.t. Bagi yang kurang membanggakan jangan putus asa kerana Allah s.w.t. itu perancang yang sebenarnya. Mungkin hikmah disebaliknya adalah lebih baik bagi kita.

                Ramai yang bertanyakan siapakah ‘TK’ sebenarnya. TK adalah ringkasan daripada tajuk blog ini TazkiraH Kejap manakala nama ‘Faris’ adalah nama admin blog ini. Hari ini TK hendak beri satu info sebuah sekolah yang diberi nama “Sek. Men. Keb. Sri Gading” yang mencapai keputusan diluar jangkaan semua pihak.

                Perihal sekolah ini dahulu adalah sebuah sekolah bumiputera keseluruhannya. Pada peringkat awal pihak sekolah atau pihak pentadbiran memberi ‘target ranking top 10’ di peringkat daerah. Dengan kekuasaan Allah s.w.t. sekolah ini berjaya mencapai ‘ranking 3’ dalam daerah. Satu keputusan yang membanggakan sejurus memcahkan rekod sekolah selama penubuhannya.

               Mengikut kepada statistik percubaan PMR, pelajarnya dianggap kurang berpotensi untuk memecahkan rekod sekolah. Namun setelah dikaji dan TK mendapat maklumat daripada salah seorang guru di sekolah tersebut beberapa usaha ilmiah telah dilakukan. Kagumnya TK dengan sekolah ini, walaupun sekolah aliran kebangsaan tetapi mampu melaksanakan serapan rohani kepada setiap pelajarnya.
                Mengikut statistik memang memberangsangkan, cuba anda bayangkan pada tahun 2009 sekitar 6-9 orang sahaja (kalau tidak silap) yang mendapat A dalam semua subjek tetapi keputusan itu melonjak drastik pada tahun 2010 (tahun ini) dengan jumlah 42 pelajar mendapat ‘straight A’. Peratus pelajar yang mendapat A bagi majority matapejaran juga meningkat dengan mendadak.

                Setelah mendapat info daripada guru berkenaan, rupanya pihak pentadbiran telah membuat satu inisiatif berbentuk ilmiah kepada semua pelajar sekolah. Mereka telah bermesyuarat dan bersepakat untuk mengadakan pembacaan surah Yaasin beramai-ramai setiap hari bermula 7.15 pagi di dataran sekolah. Cuba bayangkan keberkatan dan penganugerahan secara tidak langsung yang Allah s.w.t. turunkan kepada sekolah ini. Walaupun kurang mempunyai pelajar yang berpotensi, namun pendekatan ilmiah itulah yang menjadi titik tolak kejayaan sebuah institusi.

                Pengalaman TK sewaktu di SMA Parit Raja, sekolah memainkan peranan dalam mentarbiah pelajarnya. Jika ada yang kata guru yang pakar, tuisyen yang banyak, modul pelajaran yang mantap menjadikan sekolah itu berjaya ia hanya menyumbang 10% dari keseluruhan kejayaan yang dikecapi. Sebabnya, TK percaya dan yakin pelajar yang belajar seperti biasa tetapi mempunyai amalan ilmiah untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. itu lebih senang berjaya berbanding pelajar yang 100% bergantung kepada apa yang dipelajari di sekolah tanpa menitik berat amalan ilmiah.

                Sekian dahulu daripada TK buat entri kali ini, semoga kita beramal dengan apa yang kita baca. Buat institusi sekolah atau pihak madrasah, gunakanlah pendekatan ilmiah itu lebih daripada ‘target’ sekolah yang kebanyakan berkehendakkan pelajar cemerlang pada statisti tapi gagal dalam agamanya. Jadikanlah keberkatan, pertolongan dan kerahmatan Allah s.w.t. itu yang utama bagi melahirkan modal insane yang lebih berguna untuk agamanya dan masyarakat.

“Pelajar yang berguna adalah pelajar yang boleh mengubah masyakaratnya kepada yang lebih baik bukan menjadi perosak kepada masyarakatnya”

Sekian Wasalam….           

7 ulasan:

  1. wah promote skolah spe lar niee
    ..:p

    BalasPadam
  2. sekolah ayah la...
    xde mksd pape pun

    BalasPadam
  3. ilmiah itu pntg utk berjaya..
    jgn dok pikir blja..
    solat tggl xge jge..
    tol x??

    BalasPadam
  4. bgslah. berkat kerna sentiasa mengingati Dia.kn ada kebaikan yg Dia dh jnjikan... Kagum sy dgn sekolah yg ada pentdbrn mcm tu.

    BalasPadam
  5. alhamdulillah...
    mereka smkin terbuka utk menjalankan aktiviti ilmiah utk pelajarnya..

    BalasPadam

Kongsi idea murni anda di sini :)

Mahukan bantuan! Apa masalah paling susah diselesaikan?