"Kurang-kurangkanlah daripada suka mengkritik orang, kerana kita kadang-kadang tidak sedar makhluk yang kita kritik diciptakan oleh ALLAH yang maha bijaksana, secara tidak langsung kita mengkritik ciptaan-NYA.Renungkan."

Pemuda bisikan SYAITAN!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung Tazkirah Kejap. Semoga kalian berada dalam keadaan aman dan bahagia. Mungkin ada yang kecewa tapi itu sementera sahaja. Mungkin juga ada yang sedang suka tapi ingat dengan kesukaan akan membawa kedukaan.
Selawat dan salam kepada junjungan besar baginda Rasulullah s.a.w. dan ahlinya. Semoga kita semua beroleh syafaat daripadanya. Bersyukur juga kehadrat Allah s.w.t. kerana masih lagi memberi ruang lingkup kehidupan di dunia untuk kita memanfaatkan kebaikan.

Hari ini TK hendak bawakan tajuk Pemuda BISIKAN syaitan. Di sini TK bawakan surah yang berkaitan tentang tajuk ini.


Maksudnya :

Tips pengubat lupa....


Salam rakan blogger yang disayangi. Alhamdulillah hari ini, kita masih lagi diberi peluang untuk beribadat dan merendahkan diri kepada Allah s.w.t. Kenapa TK berkata demikian?? Selagi mana kita mempunyai niat atau hasrat untuk mencari ilmu agama dan mengamalkannya percayalah kita masih dibawah penjagaan dan keredhaan Allah s.w.t.

            Selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w. dan ahlinya. Semoga kita hari ini lebih mudah dan senang dalam mengerjakan kerja harian kita. Hari ini TK suka hendak menyatakan bahawa manusia ini cepat lupa. Setiap perkara yang berlaku pada hari ini tidak semestinya kita ingat pada seminggu akan datang.

            Terasa lama tidak menulis blog kerana sibuk dengan tanggungjawab yang perlu diselesaikan sebagai seorang pelajar. Jika kita hendak perbincangkan masalah lupa ini memang banyak. Bahkan asal perkataan manusia juga daripada ‘نسيان’ yang bermaksud sifat pelupa. Mereka bukan hendak lupa dengan sengaja tetapi memang selalu lupa.

WANITA yang diNODAI syaitan...??



Salam ukhwah pengunjung dan rakan blogger sekalian. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan ahli keluarganya. Semoga kita hari ini, diberi keberkatan dan kerahmatan daripada Allah s.w.t. 

                Dalam dunia yang penuh pancaroba ini, sebilangan besar umat manusia hari ini kadang-kadang lupa darimana mereka dijadikan. Mereka juga lupa dimana mereka berada. Mereka juga lupa bahawa apa visi dan misi mereka berada di dunia. Jikalau dilihat dari segi bahasa dunia berasal daripada ‘dayana’ yang bermaksud binasa. Bila terjadinya perkataan ‘dunia’ maka ia membawa maksud ‘tempat kebinasaan’. Haa.. jelas disini bahawa tempat yang manusia duduki ini adalah sebuah tempat kebinasaan.

'GAGAL' awal sbg langkah untuk 'BERJAYA'....



Salam semua pengunjung Tazkirah Kejap. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam. Alhamdulillah bersyukur kita kerana masih lagi Allah s.w.t beri kita peluang untuk ubah diri kita menjadi yang lebih baik. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarganya.

                Hari ini TK bawakan entri berkisar jenaka untuk kalian semua. Ini adalah idea daripada salah satu rakan blogger TK Cuma cara penyampaian yang berbeza. Memang kita semua diberi kelebihan yang berbeza. Sebab itu OKU ditukar nama daripada Orang Kurang Upaya kepada Orang Kelainan Upaya. Sedap sikit mendengar bunyinya.

                Cerita ini berkisahkan sekelompok pelajar sekolah rendah yang pergi mengaji. Mereka adalah Azizi dan Azizan. Mereka rakan karib sejak daripada kecil sebelum sekolah.

Bila 'IBUBAPA' kata 'LEMAH'..maka anak pun 'LEMAH'


Salam ukhwah daripada TK. Selamat berkunjung di ruangan Tazkirah Kejap. Semoga kalian ceria dan bahagia disamping keluarga pada hari ini. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarganya.

                Alhamdulillah hari ini kita masih lagi diberi kelapangan masa dan keadaan untuk kita sama-sama memperingati antara satu dengan yang lain. Hari ini TK hendak bawakan sebuah entri yang bertajuk Mak Bapak kata ‘LEMAH’, anak semakin ‘LEMAH’. Peristiwa ini TK olah dalam bentuk dan gaya bahasa TK. Ini adalah peristiwa benar yang berlaku kepada Ali (bukan nama sebanar) merupakan rakan TK.

                Sebelum itu, TK ceritakan perwatakan Ali. Dia seorang budak yang petah bercakap semasa kecil dan agak nakal. Segala perbuatan manusia dia persoalkan. Persoalan yang akan memberinya jawapan. Kelebihan pantas berfikir dan peramah disedari oleh sebilangan besar saudara maranya.

                Suatu hari, Ali masuk ke alam persekolahan (Tadika). Pada hari pertama masuk, Ali seorang yang pendiam. Tambahan lagi, hidup yang selama ini tidak bergaul dengan rakan sebaya manambah lagi sifat pendiamnya. Ali ada seorang Pak Cik yang selalu menghantar dan mengambilnya dari sekolah.

Dah TUA baru hendak TAUBAT.. sempatkah???



Salam semua pengunjung. Apa khabar anda hari ini? Semoga sihat dan bahagia dengan keluarga. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan ahlinya. Moga kita beroleh rahmat dan hidayat daripada Allah s.w.t pada hari ini.

                Alhamdulillah syukur kita kerana kita masih lagi diberi peluang untuk melakukan amal kebaikan. Gunakanlah peluang yang Allah s.w.t. berikan sebaik mungkin. Mungkin hari ini adalah penghabisan riwayat hidup kita. Tiada siapa yang mampu mengelak takdir Ilahi.

                Hari ini kita juga masih diberi ruang taubat yang luas untuk kita bertaubat. Percayalah Allah s.w.t. itu Maha Mengasihani, Dia sentiasa membuka pintu taubat untuk kita. Jika kita telah melakukan perkara yang dilarang, jangan risau bertaubatlah dengan bersungguh-sungguh kerana taubat disisi Allah s.w.t adalah taubat nasuha.

                Ramai yang diluar sana merasakan diri mereka sudah tidak berharga jika melakukan satu kesilapan besar dalam hidup mereka. Terpaku di dalam hati mereka “Alang-alang dah buat dosa, baik aku teruskan je, masuk neraka”. Jangan silap rakan-rakanku, Allah s.w.t. sentiasa menerima taubat hambanya.

Mahukan bantuan! Apa masalah paling susah diselesaikan?