"Kurang-kurangkanlah daripada suka mengkritik orang, kerana kita kadang-kadang tidak sedar makhluk yang kita kritik diciptakan oleh ALLAH yang maha bijaksana, secara tidak langsung kita mengkritik ciptaan-NYA.Renungkan."

Pemuda bisikan SYAITAN!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung Tazkirah Kejap. Semoga kalian berada dalam keadaan aman dan bahagia. Mungkin ada yang kecewa tapi itu sementera sahaja. Mungkin juga ada yang sedang suka tapi ingat dengan kesukaan akan membawa kedukaan.
Selawat dan salam kepada junjungan besar baginda Rasulullah s.a.w. dan ahlinya. Semoga kita semua beroleh syafaat daripadanya. Bersyukur juga kehadrat Allah s.w.t. kerana masih lagi memberi ruang lingkup kehidupan di dunia untuk kita memanfaatkan kebaikan.

Hari ini TK hendak bawakan tajuk Pemuda BISIKAN syaitan. Di sini TK bawakan surah yang berkaitan tentang tajuk ini.


Maksudnya :

1.       Katakanlah “Aku berlindung kepada Tuhannya manusia”
2.       Raja manusia
3.       Sembahan manusia
4.       dari kejahatan (bisikan) syaitan yang tersembungi
5.       yang membisikkan (kejahatan) dalam dada manusia
6.       dari (golongan) jin dan manusia

Daripada dalil surah An-Nas di atas, jelas menunjukkan bahawa sebilangan daripada golongan manusia dan jin akan mempunyai sifat was-was dalam aspek kehidupan. Aspek tersebut termasuklah rutin harian, semasa wuduk dan solat.

        Cuba kita tanya diri kita sendiri di hadapan cermin atau semasa hendak tidur. Adakah sepanjang hari ini ada sifat was-was dalam diri. Jika ada itu bermakna bisikan syaitan itu sudah mula menyelinap masuk atau menerobosi lubuk fikiran dan hati kita. Awas jika kita tergolong daripada golongan ini.

        Surah yang kerap dibaca ini kadang-kadang kita tidak pernah pun ambil kisah tentang erti dan makna tersirat disebaliknya. Ramai daripada kita lebih gemar membaca surah yang panjang tetapi tidak memahami maksud ayatnya. Apa guna ayat Quran hanya di lontarkan dalam versi percakapan tanpa amalan dan pemahaman.

        Jika ditegur golongan ini, dikata pula ‘ini’ antara mereka dengan Allah s.w.t. Justeru, apa guna kita sebagai manusia yang ditugaskan untuk menegur. Bila diperbetulkan dikatanya kita ini ‘pandai-pandai’ keluarkan hujah tanpa mereka memberikan hujah. Percayalah kawan-kawanku setiap teguran bukan untuk menjatuhkan ilmu atau aib seseorang tetapi untuk membetulkan seseorang daripada terus menyimpang dari aras yang betul.

        Andaikata selama ini TK tegur mengguris hati kalian. Di sini TK ingin memohon kemaafan. Mungkin TK kurang ilmu dalam bidang menegur dan memperbetulkan. Tetapi ingatlah pesan TK bahawa setiap perkara yang pahit (teguran) untuk ditelan itulah sebenarnya ubat (kebaikan) bukan perkara manis (pujian) yang sentiasa menambahkan rasa sakit (riak).

        Sekian daripada TK mudah-mudahan kita berjaya ubah sedikit demi sedikit untuk melawan nafsu yang terbiasa dengan bisikan syaitan. Ingat syaitan itu bijak bermula daripada fikiran dan hatilah (mereka) misi mereka untuk menyesatkan akan terlaksana. Wallahua’lam…

5 ulasan:

  1. aar lar..
    penah tengok org kalau nk sembahyang ..
    takbir asyik tak jadi jer..
    pelik rupenya bisikan syaitan yer

    BalasPadam
  2. dalam hidup sbg manusia ramai yang kdg2 mereka terlupa musuh mereka adlh syaitan..
    mari kita sama-sama mengingatkan mereka...

    BalasPadam
  3. org seperti ini kalau bukan guru yg alim yg menasihati mereka bukan nak percaya...

    aku penah bg nasihat kat org ni..

    dia pndg rendah je kat aq.. mcm ilmu dia tinggi sgt...

    dia kalau boleh nk hujah hadis dn quran dr org alim bru mereka nk ikut... pelik btul!!!

    BalasPadam
  4. tak pa la.. asalkan kita sudah beri nasihat..
    moga-moga Allah yg beri mereka hidayat utk cuba berubah...

    BalasPadam
  5. hidup ni sesuatu yang tidak pasti,kite sekarang ni berada di zaman kegelapan akhir zaman,islam ni tinggal hanya pada nama saja.
    sebenarnya apa yang tidak pasti itulah perlu kita berhati-hati.betapa ramainya syaitan bertopengkan manusia di akhir zaman ni,renungkanlah kita berada di zaman yang penuh kezaliman dan penuh dengan kemunafikan

    BalasPadam

Kongsi idea murni anda di sini :)

Mahukan bantuan! Apa masalah paling susah diselesaikan?