"Kurang-kurangkanlah daripada suka mengkritik orang, kerana kita kadang-kadang tidak sedar makhluk yang kita kritik diciptakan oleh ALLAH yang maha bijaksana, secara tidak langsung kita mengkritik ciptaan-NYA.Renungkan."

BILA DIPUJI, APA NAK BUAT

“Hensem la kau ni”. “lawa kau pakai baju ni”. “lunaknya suara kau, tenang je bila dengar”. Haa.. biasa tak anda dipuji. Sudah tentulah sebab kita punyai kelebihan. Kelebihan yang digilap akan menyerlah setelah kita menutup kekurangan kita. Taky payah fikir sangat tentang kekurangan ni, kita akan down dan belum tentu kita boleh up jika takda orang yang ingatkan.

Anda tak hensem, jangan risau. Bagitahu dekat hati kita, bahawa kita ni hensem. Kalau orang lain kata anda tak hensem, sebenarnya orang tu cemburu dengan kita. Cuba tengok cermin, perhatikan betul-betul bentuk wajah anda. Ada yang kurang tak, telinga takde ke, mata sebelah buta ke, mulut sumbing ke, haa..takdekan maknanya anda hensem. Sebab ada ramai lagi orang diluar sana yang kurang pancainderanya.

Bagi mereka yang kelainan upaya ni. Contoh bisu ke, cuba berfikir tentang perihal orang yang lebih lemah daripada kita. Sebab antara cara nak bersyukur dengan nikmat adalah melihat orang yang kurang nikmatnya daripada kita, bukan yang lebih tinggi daripada kita. Contoh rezeki duit yang ALLAH beri. Kita akan bersyukur sekiranya melihat orang yang lebih miskin daripada kita, bukan lihat orang yang lebih kaya.


Kembali kepada pokok artikel ni berkaitan puji memuji. Saya ambilkan sepotong hadis daripada saidina Ali karamullah wajhah. Rasulullah s.a.w. bersabda : “Ali apabila kamu dipuji maka berdoalah kepada ALLAH.

-   Ya ALLAH, jadaikanlah aku lebih baik daripada pujian ini.
-   Ya ALLAH, Kau tutuplah segala kelemahanku dimatanya.
-   Ya ALLAH, Kau hindarilah aku daripada azab-MU disebbkan pujian ini.

Amalkanlah doa ini ketika kamu dipuji. Sebab setiap pujian itu adalah doa. “abang , kalau macam saya ni takda orang nak puji, sebab saya lemah”. Jawabnya puji diri sendiri depan cermin. Macam saya beritahu dalam artikel cakap sorang-sorang. Mudah-mudahan dengan permulaan kalian memuji diri sendiri, akan datang ada orang akan memuji kamu. Pada ketika itu, kamu telah menjadi manusia yang berkualiti. Amin.

Sekian daripada saya, biar hidup dipuji orang daripada hidup dikeji orang. Sebelum akhir, saya nak bawakan serangkap pantun. Jadi gunalah fikiran untuk mwngawal pujian. Wallahua’lam.

Makan roti canai di tanjung rambutan,
Tersedak-sedak disampuk setan,
Pujian adalah tanda kehebatan,
Tapi pujian juga adalah tanda kesesatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsi idea murni anda di sini :)

Mahukan bantuan! Apa masalah paling susah diselesaikan?