Salam ukhwah blogger yang dihormati. Alhamdulillah hari ini
kita masih lagi diberi nikmat iman dan akal. Teruskan kehidupan kita dengan
riang dan gembira. Baru-baru ini saya berniaga di ekspo parit raja, johor.
Memang meriah dengan ramainya gerombolan manusia berpusu-pusu memasuki pasar.
Senario di pasar parit raja sukar digambarkan melalui perkataan, hanya mereka
yang melihat dan pergi sahaja dapat membuat kesimpulan sebenar.
Baju BOBOI BOY (top product) |
Dalam sibuk berniaga menjual baju budak-budak kecil. Seperti
lazimnya saya dapat pelbagai pengalaman dan pengajaran yang mungkin kita boleh
ambil sebagai iktibar. Firstly, kesibukan di sini bolehlah saya
analogikan macam orang mengerjakan saie, sofa dan marwah. Betul punya ramai,
sampai berhimpit-himpit. Maka timbullah masalah-masalah kegoyangan iman
berlainan jantina. Ada yang mengambil kesempatan, meraba-raba, berpelukan,
saling berpegang tangan (takut kekasihnya diambil kesempatan), padahal dia yang
nak ambil kesempatan. Bagi mereka ruangan ekspo-ekspo inilah sebagai peluang
yang tidak boleh dilepaskan untuk buat perkara yang dikeji itu.
Abang-abang dan akak-akak, mari kita kira balik, berapalah
sangat amalan kita dibulan ramadhan ni. Siang beramal, malam menggatal. Setiap
apa yang seronok di dunia ini sekejap. Mereka yang tak dapat mengejar dunia
akan rasa kegagalan, manakala mereka yang sudah menikmati nikmat dunia akan
merasa kekurangan. Heyy wanita janganlah terpedaya kepada kekasih yang nakkan “body”
je. Lepas dah dapat rasa, pakwe kamu tu akan tinggalkan punya. Kalau tak kena
tinggal pun, asyik kena marah je. Kamu pula akan sentiasa serba salah, sebab
tubuh kamu telah diratah free. Nak marah pakwe takut dia lari, lalu kamu
redha je dengan apa yang kaum laki ni lakukan.
Lelaki ini kalau nak tahu, dia suka benda yang belum dicuba.
Lebih-lebih lagi barang yang berharga pada wanita. Maksiat ini enak bagi yang
kurang imannya. Ibarat cuba sekali pasti nak lagi. Lepas mereka dah dapat
barang berharga tersebut, mereka akan cari yang lebih berharga. Contoh,
mula-mula mereka ajak kalian keluar makan, maka benda yang berharga adalah
bagaimana nak pegang tangan kalian. Kedua, selepas dapat pegang tangan, mereka
akan berfikir cara mendapat kan pelukan seorang wanita. Setelah berjaya misi
berpelukan, mereka akan ajak kalian ke kamar, taman-taman atau tempat yang
sunyi. Disebabkan serba salah kalian kerana body telah dijamah, maka
kalian ikutkan je kehendak kaum lelaki (pakwe). Lalu disinilah, syaitan akan
membawa rombongan daripada pangkat jeneral hingga prebet untuk memastikan
hasutan dan bisikannya menemui kejayaan dipenghujungnya.
Masa berpelukan ibarat dijamah, bila dah berjaya mendapatkan
mahkota paling berharga, diri kalian ibarat diratah.(yurm3x). Analoginya ibarat
meratah tulang ayam, sedap gitukan. Syaitan dan kuncu-kuncunya pun berkata “wahai
anak buahku, jom cari orang lain pulak, kita telah peroleh kejayaan pertama”.
Si lelaki akan berkata “you menyesal ke, jangan risau I akan bertanggungjawab” itu
kira bagus punya ayat dalam masa yang sama ayat tersebut bukanlah yang
dikehendaki oleh syara’ islam. Kalau yang jahat sikit “ok, sekarang you boleh
cari jantan lain, I dah takda papa hubungan lagi dengan you”. Si lelaki hanya
boleh berkata bertanggungjawab, tetapi mampukah dia bertanggungjawab di depan
ALLAH di akhirat kelak. Setakat bertanggungjawab sebagai suami di dunia boleh
la. Tapi siapa pula yang hendak menanggung azab kalian (wanita) diakhirat
kelak.
Fuhh memang dasyat ayat manis seorang jejaka. Sehingga yang
wanita retak “keayuannya”. Sudah-sudahlah bermain cinta yang belum tentu baik
kesudahannya. Yang pastinya kemungkaran dan kemaksiatan pasti berlaku walaupun
sedikit. Bagi mereka yang belum terjerumus kea lam penzinaan, cepat-cepatlah
kembali kepada jalan yang lurus(islam). Ketahuilah, hebat mana pun keimanan
didada kita, kita pasti akan tewas jika kita menjinak-jinakkan diri kea rah perbuatan
fasya’. Fasya’ adalah perbuatan yang berkaitan kemaluan, keghairahan, nafsu
sex, sumbang mahram dan mukadimah zina.
Al-hasilnya, sama-samalah kita ingatkan diri kita
masing-masing, supaya sentiasa mengingati ALLAH dan balasannya diakhirat kelak.
Setiap amalan baik walaupun sebesar zahrah, akan dibalas berdasarkan kebaikan
tersebut. Setiap amalan jahat walaupun sebesar zahrah, akan dibals berdasarkan
kejahatan tersebut. Saya ada serangkap pantun.
Mahkota indah
perlu dijaga,
Ibarat berlian di
dalam peti,
Bercintalah kita
kepada yang ESA,
Insyallah, jumpa
cinta sejati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsi idea murni anda di sini :)