"Kurang-kurangkanlah daripada suka mengkritik orang, kerana kita kadang-kadang tidak sedar makhluk yang kita kritik diciptakan oleh ALLAH yang maha bijaksana, secara tidak langsung kita mengkritik ciptaan-NYA.Renungkan."

SEORANG BUDAK YANG AKU RESPECT


Pekerjaan itu hukumnya harus. Maka pergilah kemana sekalipun, bila dinamakan pekerjaan yang halal maka hukumnya harus. Tetapi ramai daripada kalangan kita yang lupa syarat-syarat sebagai pekerja. Ada yang suka mengambil kesempatan semasa waktu bekerja. Suka ponteng, membuta, menipu, merasuah, sabotaj dan sebagainya. Tanpa mereka fikir hukum yang pada mulanya harus boleh bertukar haram pendapatannya. Sebuah sabdaan Nabi Muhammad s.a.w. “setiap daging yang tumbuh daripada yang haram (pendapatan, hasil pencarian) maka neraka lebih layak baginya” (riwayat bukhari).

Jom kita islah atau perbaikkan kualiti perkerjaan kita. Mungkin kita tidak tahu, mungkin juga buat-buat tidak tahu. Tapi pokok dasarnya semua orang kena ambil tahu. Satu kaedah fiqhiah, semua perkara berkaitan hukum, selagi mana tinggal dinegara islam dan ada ulamak dalam bidang tersebut, maka tidak ada excuse dihadapan ALLAH di akhirat kelak. Jadi tolong-tolonglah ingatkan kawan kita supaya mengambil berat semampu kita mengetahuinya. Sekurang-kurangnya kalian berusaha untuk tahu. Bukan  takut bila dah tahu hukum, maka kalian tidak boleh lakukan benda tersebut berulang kali.


Rentetan peristiwa saya berada di ekspo. Ketika sedang berniaga saya kagum dengan seorang pemuda ni. Dia masih muda tetapi ambil beratnya tentang bersih gajinya melebihi daripada orang yang lebih dewasa. Bila ditanya rupanya budak ni daripada kalangan yang berusaha belajar agama. Tidaklah sampai tahap ulama’ tapi budak ni berusaha mengamalkan apa yang dia pelajari.

Al-kisah, budak ni hendak pulang daripada kedai bosnya. Beriringan dengan sabun, berus gigi, ubat gigi ditangannya. Lalu bosnya pun bertanya, “kenapa tak ambil je plastic merah tu, senang sikit bawak sabun tu”. Budak ni pun jawab “tuan, saya takut disebabkan plastic ini saya diseksa diakhirat bertahun-tahun lamanya”. Tuannya bertanya “kenapa kamu kata begitu?”. Budak ini menundukkan kepalanya sambil membalas pertanyaan tuannya “saya dibayar gaji untuk menjaga kedai tuan, maka plastik ini bukan hak saya, jika saya mengambilnya maka saya telah mengkhianati tuan, diakhirat kelak saya akan digelar munafik sebab melanggar amanah tuan”. Tuannya termenung mendengar jawapan yang menusuk ke lubuk hatinya, lalu berkata “Terima kasih ya ALLAH kerana memberikan aku pekerja yang begitu amanah menjalankan tugasnya”


Abang-abang dan akak-akak, sampaikah kita ditahap yang sedemikian. Kadang-kadang perkara yang dianggap remeh, menjadi besar tanggungannya di akhirat. Inikan pula perkara yang terang-terang berdosa seperti riba, rasuah, penipuan, belot, songlap dan sebagainya. Seorang guru dan merupakan mentor saya pernah berkata “setiap gaji guru itu adalah berdasarkan masa mengajarnya, jika kurang, maka dia telah berhutang dengan anak muridnya”. Hutang duit boleh dibayar, tapi hutang masa bagaimana cara membayarnya. Lagi-lagi kalau guru yang selalu tak masuk kelas disebabkan sengaja tanpa masalah peribadi. Sebab itu ada perumpamaan, kira hutang itu lebih bermakna daripada kita duit yang tak dibelanjakan.

Saya tidak memfokuskan kepada guru sahaja, tapi kepada mereka semua yang kerjanya yang makan gaji. Jom kita selidiki balik pendapatan kita. Adakah perkerjaan kita mendapat hasil yang berkat atau menyebabkan laknat di akhirat. Nauzubillah. Sekian dulu daripada saya, insyallah kita sambung di artikel lain. Mari memartabatkan islam daripada sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsi idea murni anda di sini :)

Mahukan bantuan! Apa masalah paling susah diselesaikan?