"Kurang-kurangkanlah daripada suka mengkritik orang, kerana kita kadang-kadang tidak sedar makhluk yang kita kritik diciptakan oleh ALLAH yang maha bijaksana, secara tidak langsung kita mengkritik ciptaan-NYA.Renungkan."

Weii..ISLAM ini SIMPLE la!!!


Salam ukhwah fi sabililah. Bagi yang kurang faham maknanya , salam persaudaraan di jalan ALLAH. Pokok pangkal kehidupan kita adalah ALLAH.. Kita makan, minum, bangun tidur, pergi pasar, melancong, semua ini hendaklah kita kaitkan dengan ALLAH, baru kerja dianggap ibadat bukan adat.

Adat dan ibadat adalah dua item yang berbeza. Contoh bagi duit raya, maklumlah sekarangkan masih raya lagi, so tak salah jika saya ambil contoh terkini. Bagi duit raya merupakan adat sebuah masyarakat di malaysia. Masa kecil dulu pergi rumah orang bukan nak makan kuih tapi nak duit. Maklumlah pemikiran kanak-kanak, duit merupakan perkara psaikologi mereka. Kalau tak percaya, cuba bagi seringgit ke, dua ringgit ke, dekat mereka ni, lepas tu suruh dia pergi baca buku. Ikut kajian 90 % kanak-kanak yang diberi duit ini akan baca buku. 


Haa..nampak tak bagi duit itu adalah adat sebuah masyarakat. Berbeza dengan ibadat, contohnya puasa, keluar zakat, berbuat baik kepada ibu bapa, solat hari raya (raya lagi). Ini semua adalah ibadat bagi seorang yang bergelar islam. Sebab apa perkara ni digelar ibadat? Kerana semua perbuatan ini dilakukan berasaskan dalil al-quran dan hadis RASULULLAH s.a.w. Setiap benda yang diperintahkan ALLAH dan rasulNYA merupakan perkara ibadat.

Ok, sekarang bagaimana kita nak jadikan adat kebiasaan masyarakat ini menjadi ibadat supaya kita peroleh pahala daripada ALLAH. Memang bestkan jika setiap saat dan tempat, kita peroleh pahala dan ganjaran ALLAH. Haa..mehh dengar elok-elok, cara dan bagaimana adat kebiasaan boleh kita jadikan ibadat.

Al-maklum semua daripada kita sudah mengetahui tentang hadis dan dalil-dalil quran, Misalnya ayat quran tentang berbuat baik kepada ibu bapa. Ayat quran ini menunjukkan perintah umum, asal perkara yang kita lakukan itu disenangi dan disukai oleh ibu bapa maka kita peroleh pahala. Sebab ada ayat quran yang memberitahu tentang ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa.


Jadi kembali kita kepada duit raya, bagaimana cara menjadikan ia ibadat. Adalah dengan meng”relate”kan atau menghubungkaitkan amalan tersebut dengan suruha bersedekah. Banyak daripada ayat quran mahupun hadis yang menggalakkan kita bersedekah. Tidak kira peringkat umur, dewasa atau kanak-kanak, selagi namanya makhluk ALLAH kita boleh je namakan bersedekah kecuali kepada RASULULLAH dinamakan hadiah.


Tak hafal dalil la bang!!! Jangan dirisaukan sangat. ALLAH itu memberikan system islam bukan untuk menyusahkan, tetapi memudahkan supaya hamba-hambanya peroleh kenikmatan di hari “sana”. Kalian just pernah dengar pun ok, kalau tak sempat nak hafal hadis atau ayat quran. Caranya niatkan dekat hati “ya ALLAH, aku bagi duit raya ni atas niat sedekah, sebagaimana ENGKAU telah berfirman dalam quran” atau pun, kalian teringat ada ustaz-ustaz bagi ceramah bahawa ada wujud hadis-hadis tentang sedekah, masa nilah kalian nak aplikasikan hadis tersebut. Bila? Sekarang lah dek oi, masa rayakan orang banyak berkunjung.

Bukankah setiap amalan itu dinilai berdasarkan niatnya. Jika kita niat duit raya adalah sedekah bersandarkan hadis atau ayat quran yang pernah kita dengar. Maka itu telah dianggap ibadat. Haa.. kan untung daripada tak niat langsung, sekurang-kurangnya inisiatif kita mengamalkan islam dalam kehidupan sudah bermula. Insyallah sentiasalah amalkan islam dalam kedupan. Moga-moga kita peroleh rahmat dan keberkatan asbab kita mengamalkan agama ALLAH. 

Ingat islam ni simple la, tak payah memberat-beratkan perkara. Nanti yang senang pun akan tertunda daripada mengamalkannya. Hidup ceria dengan islam, gunakan kaedah ini setiap perkara yang kita lakukan, bahkan ketika kamu jalan kaki sekali pun. Ingatkan dekat diri bahawa RASULULLAH pun jalan kaki. So kira kita mengamalkan sunnah juga walaupun perkara itu telah berulang kali kita buat. Cuma sayang sebelum ini kita tak sandarkan kepada hadis dan quran. Wallahua’lam. Maaf salah silap di hari raya ini. (dalam hati, Rasulullah suruh kita saling bermaafan). Wasalam (Rasulullah suruh kita bagi salam).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsi idea murni anda di sini :)

Mahukan bantuan! Apa masalah paling susah diselesaikan?