"Kurang-kurangkanlah daripada suka mengkritik orang, kerana kita kadang-kadang tidak sedar makhluk yang kita kritik diciptakan oleh ALLAH yang maha bijaksana, secara tidak langsung kita mengkritik ciptaan-NYA.Renungkan."

IMAM NAWAWI PENGHIDUP AGAMA


Sejak diusia kecilnya, beliau telah dilihat berpotensi menjadi seorang ulama yang zuhud dan warak. Ulama yang saya maksudkan adalah Yahya bin Syaraf bin Husin bin Husain al-Nawawi. Beliau lebih dikenali ramai sebagai Imam Nawawi. Sejak kanak-kanak lagi sudah dikesan kewibawaannya menjadi seorang yang berilmu pengetahuan. Sebab digelar al-Nawawi kerana beliau tinggal dan dilahirkan di sebuah kampong bernama Nawa yang terletak di daerah Damsyik, Syria.


Kegemaran Imam Nawawi menuntut ilmu telah terbukti sewaktu usianya yang masih kecil. Pada suatu masa, ketika imam Nawawi membaca quran, dimana kanak-kanak yang lain sedang bermain, malahan akan menangis jika rakan-rakannya mengajak beliau bermain supaya berhenti baca quran. Datang seorang alim yang bernama Sheikh Yasin Yusof Marakashi, seorang ulama yang berpandangan jauh, memberitahu guru quran imam Nawawi; “Jagalah budak ini baik-baik, dia bakal menjadi ulama besar dan ahli ibadat”. Guru tersebut membalas, “Adakah tuan ini ahli nujum atau penilik nasib”. Sheikh yasin menjawab, “ Bukan, tetapi ALLAH menghendaki aku mengeluarkan kata-kata ini”.

Abang-abang dan akak-akak, Imam Nawawi telah dihantar ke kota besar Damsyik, yang mana ketika itu sebuah tempat terbesar pengajian Islam. Terdapat hamper 300 universiti dan kolej. Beliau menimba ilmu di sebuah tempat bernama Madrasah Rawahiah. Kalau tuan-tuan nak tahu, Imam Nawawi ini mengikuti 12 majlis ilmu dalam sehari. Subhanallah. Cuba tanya diri kita berapa banyaklah ilmu kita? Berapa banyaklah majlis ilmu kita hadiri sehari?


Kesibukannya mempelajari pelbagai bidang ilmu menyebabkan tempoh makan dan minumnya kurang dihiraukan. Rehat dan tidurnya di depan kitab. Setelah hilang penatnya, beliau akan menyambung membelek lembaran-lembaran kitab. Begitulah semangat seorang ulama ulung Islam. Sentiasa cintakan ilmu. Tuan-tuan, andai kita tidak mampu mengikuti keseluruhan hidup imam Nawawi, sekurang-kurangnya hadirlah majlis ilmu, kerana amatlah rugi bagi seorang manusia itu, tidak menuntut ilmu di dunia ini. Mana mungkin seorang yang tiada ilmu, hendak menyebarkan ilmunya.

Pulang daripada menunaikan haji pada tahun 665 Hijrah iaitu kira-kira 16 tahun selepas menjadi warga Damsyik, imam Nawawi mula melibatkan diri mewujudkan pengajian menyebarkan ilmunya. Apa sahaja yang dimilikinya akan disebarkan tanpa meminta gaji daripada khidmat yang diberikan. Kerana memilih kehidupan zuhud demi memelihara kewarakannya. Beliau hidup sederhana walaupun nama beliau telah mashyur pada zaman tersebut.

Enggan beri fatwa

Menurut sebuah riwayat, suatu ketika Sultan Al-Zahir Bebris mengadakan persiapan menyerang tentera Tartar (Monggol), lalu meminta fatwa semua alim ulama mengharuskan kerajaan menggunakan duit rakyat bagi kepentingan melawan musuh. Sekalian ulama telah mengeluarkan fatwanya kecuali imam Nawawi. Setelah mengkaji masalah yang dikemukakan, Imam Nawawi tegas enggan mengeluarkan fatwa kerana baginya kedudukan kewangan pemerintah Damsyik itu belum sampai ke tahap terpaksa menggunakan duit rakyat.


Imam Nawawi menghembuskan nafas terakhir pada 24 Rejab 676 hijrah, ketika usianya 45 tahun. Sepanjang hidupnya digunakan untuk Islam, tanpa rasa takut dan gentar menentang kemungkaran, dan mengambil kesempatan. Sehingga beliau tidak sempat memikirkan soal perkahwinan. Imam Nawawi digelar Muhyiddin (yang menghidupkan agama). Namun ironinya, beliau sangat benci gelaran tersebut.

Alhamdulillah, saudara-saudari yang dirahmati ALLAH, ambillah kisah-kisah ulama sebagai motivasi diri kita menjadikan kita semangat menuntut ilmu dan terus mengamalkan islam. Pergilah majlis ilmu, kerana di situ adanya berjuta para malaikat yang sentiasa meng ‘amin’ kan doa kita. Ia juga akan menghidupkan hati kita yang selama ini tidur. Sekian wasalam daripada saya, insyallah kita jumpa di artikel yang seterusnya. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsi idea murni anda di sini :)

Mahukan bantuan! Apa masalah paling susah diselesaikan?