"Kurang-kurangkanlah daripada suka mengkritik orang, kerana kita kadang-kadang tidak sedar makhluk yang kita kritik diciptakan oleh ALLAH yang maha bijaksana, secara tidak langsung kita mengkritik ciptaan-NYA.Renungkan."

BILA ANDA DIKATAKAN LUAR BIASA HEBAT?

Selamat malam bagi mereka yang tengah malam baca artikel ni. Selamat pagi bagi yang baca pagi. Muslimin dan muslimat yang dirahmati ALLAH. Selawat dan salam kita kepada junjungan agong RASULULLAH s.a.w dan ahli keluarganya. Alhamdulillah, kita diberi nyawa dan islam dalam kehidupan. Kuatkanlah mentality kita untuk kita lebih berkualiti berbanding manusia lain.


Haa.. nak jadi luar biasa hebat, orang itu mesti berfikir tiga atau empat atau lebih langkah ke hadapan. Cara berfikirnya, cara bercakapnya, cara memberikan pendapat, cara melaksanakan tugas, semuanya kena advance daripada orang lain. Baru anda diiktiraf luar biasa. Asal sesuatu kejayaan ada permulaannya. Contoh nak berniaga kena mula berniaga. Mana boleh tiba-tiba senang orang tanya sebab apa. Dia kata berniaga, tapi takda perniagaan yang dia buat.


Teori penting, praktikal lagi penting. Tak gun abaca buku atau artikel motivasi tapi diri masih di takuk yang lama. Rugilah sangat. Berusahalah untuk berubah kerana perubahan sakarang akan menentukan anda siapa di masa akan datang. Adakah menjadi orang atau pun binatang. Haha..gurau je. Jangan marah pulak, senyum sikit. Baru setiap hari yang menyusul ceria sentiasa.

Baiklah, mari kita bawakan satu analogi kehidupan. Tuan-tuan hidup ni berapa jamlah sangat berbanding kehidupan seterusnya. Dulu orang selalu fikir, akhir kahidupan adalah kematian. Tapi jarang orang definisikan apa itu kematian. Kematian adalah perpindahan daripada satu alam kea lam yang lain. Cuma special nya dunia ni, ALLAH turunkan syariat islam untuk pegangan kita.

Nak buat apa syariat ni? Apa lagi kalau bukan sebagai bekalan kita diperjalanan seterusnya. Hey kita ni transit je tau dekat dunia ni. Macam kita melancong tidur dekat hotel, takkan kita nak duduk kat hotel tu sepanjang  masa. Tak Nampak lagi dunia ni tempat transit. Ok, saya bawakan satu jalan kira matematik. 1 hari akhirat adalah 1000 tahun dunia. Kalau hidup kita ni cecah 100 tahun dekat dunia ni. Maknanya kita hanya hidup nisbah akhirat 2jam 20 minit je. Tolak makan, minum, main, bual, berapa minitlah kita beramal.


Ibarat ada satu pertandingan mengumpul duit yang bertaburan dan diberi masa 2 jam untuk kita mengumpul sebanyak yang boleh. Tapi kita duduk minum kopi dulu, bual-bual,  bila masa dah suntuk baru sibuk nak kumpul. Nilah orang yang fikir bila dah tua baru nak beramal. Tuan-tuan rasa rugi tak masa pertandingan tadi tu kalau kita rilek buat benda tak berfaedah. Bezanya amalan ini balasnya pahala, kita tak nampak, tapi ini pasti ada. Rebutlah pahala dan keredhaan ALLAH macamana kamu rebut duit dalam pertandingan tadi.

Jadi fikir-fikirkanlah diusia muda ini. Jika dalam pertandingan penganjur boleh hentikan masa bila-bila masa. Begitu juga ALLAH yang menganjur kita untuk sama-sama mendapat keredhaannya. DIA juga boleh menamatkan masa kita bila-bila juga. Tak lupa juga kepada yang tua, jangan kecewa disebabkan masa-masa tuan dan puan ketika lalai. Ubahlah cara hidup, supaya selepas kita bertaubat dan berganjak pula kearah kebaikan. Nak tunggu sampai umur berapa lagi untuk kita berubah. Belum terlambat untuk kalian berubah. Kerana orang yang bertaubat sesudah kekesalannya terhadap dosa yang pernah dilakukan itu lebih disayangi ALLAH.

Ambil iktibar, pengajaran dan pedoman kepada kita. Moga di hari yang menyusul kita bertambah semangat untuk menjalani kehidupan berkualiti. Sukran jazilan. Salam sayang daripada saya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsi idea murni anda di sini :)

Mahukan bantuan! Apa masalah paling susah diselesaikan?