"Kurang-kurangkanlah daripada suka mengkritik orang, kerana kita kadang-kadang tidak sedar makhluk yang kita kritik diciptakan oleh ALLAH yang maha bijaksana, secara tidak langsung kita mengkritik ciptaan-NYA.Renungkan."

"NANTI KAU DAH BESAR, KAU TAHU LA"...

GAMBAR HIASAN


Salam dan apa khabar semua? Moga-moga hari ini kita masih lagi dibawah kerahmatan dan keberkatan ALLAH. Alhamdulillah, hari ini membuatkan hati kita tergerak kepada pengisian ilmu. Tak kira apa jua bidang ilmu yang kita belajar. Yang pasti semua ilmu itu milik dan kepunyaan ALLAH.

Abang, akak, tuan dan puan yang dirahmati ALLAH. Amin. Haa.. bila kita dengar seseorang itu mengatakan kebaikan yang menjuruskan kepada diri kita. Cepat-cepat sebut amin. Kenapa ya? Sebabnya bila orang tu sebut kebaikan yang ditujukan kepada kita. Itu bermaksud dia sedang mendoakan kita. Lagi-lagi kalau dekat majlis ilmu, bukan kita je yang sebut amin, bahkan para malaikat yang beribu-ribu meng’amin’kan juga doa itu. Haa.. untungkan.

Mari kita buka minda kita, tenangkan hati kita dengan perkongsiaan ilmu ini. Dulu saya gemar membuat artikel bercirikan akademik, lebih complex gitu. Memang tatabahasa dan ejaan saya jaga betul. Tapi semenjak beberapa hari ini, saya lebih gemar menulis dengan penuliasan yang lebih santai. Supaya mudah difahami. Asalkan isinya sampai kepada pembaca yang budiman. Amin.

Dulu masa saya kecil saya sering diberitahu oleh orang-orang veteran ataupun usia mas. Mereka kata dekat saya “budak kecik tak boleh dengar orang-orang tua cerita” , “alah nanti kau dah besar kau tahu lar” , “jangan menyampuk orang tua cakap”. Haa betul tak. Saya yakin kalau tak semua pun,  2/3 daripada kalangan pembaca menghadapi situasi yang sama macam saya. Maklumlah saya tulis
berdasarkan pengalaman. Saya manusia, anda juga manusia. Saya pernah jadi kecik, anda pun pernah jadi kecik. Cuma umur, tempat dan masa yang membezakan kita.

Saya bukan nak bangkang atok nenek kita dulu. Mungkin mereka diajar dengan atok punya atok yang dulu dengan situasi begini. Tak boleh salahkan mereka. Cuma hari ini saya ingin membuka fikiran mak-mak dan ayah-ayah sekalian. Budak kecik dia belajar berdasarkan pengalaman da kehidupan. Malahan lebih banyak lagi ilmu yang dia dapat dalam kehidupan dia berbanding ketika dalam kelas. Budak kecik ni dia lebih banyak belajar menggunakan mata dan akal fikiran. Kita pun tahukan tahap pemikaran kanak-kanak ni. Belum matang dan mature. Justeru itu dengan kehidupanlah mereka mematangkan diri mereka.

Kalau kita dok larang dengar perbualan, larang itu, larang ini, mereka takkan dapat belajar daripada kehidupan semasa usia mereka di zaman kanak-kanak. Rugi tak. Kita semua inginkan anak-anak kita pandai, bijak, cerdik. Tapi kadang-kadang kita yang membantutkan daya pemikiran mereka. Tak salah kalau mereka nak dengan perbualan kita. Jangan la bual pasal benda-benda 18 sx. Mungkin sebab itu mereka tak kasi dengar kot. Ops.. gurau je. Selagi perbualan kita memberi manfaat. Cuba bagi ruang mereka untuk dengar. Manalah tahu apabila mereka telah meningkat dewasa. Perbualan yang kita anggap saja-saja tadi. Menjadi ilmu yang bermanfaat bagi diri mereka untuk melaksanakan dakwah islam. Haa.. berkembang juga ilmu kita secara tak disangka-sangka.

Ni lagi satu. Jenis pak cik-pak cik dan mak cik-mak cik yang suka cakap. “Alah nanti kau dah besar kau tahu la”. Bukan saya yang kata. Tapi nak bagitahu je. Kalau memang tak tahu cakap je tak tahu. Tak payah suruh budak tu tunggu sampai besar disebabkan persoalan daripada mereka yang kita tak boleh jawab. Jangan bagi persoalan tergantung kepada mereka. Mereka akan tertanya-tanya kenapa tak boleh buat ni, kenapa tak boleh buat tu. Contoh tidur lepas subuh. “Atok, kenapa tak boleh tidur lepas subuh”. 

Mungkin atok ni tak tahu nak jawab apa. Atok ni hanya tahu memang tak boleh tidur lepas subuh. “Alah cu, nanti kau dah besar kau tahu la”. Nak tahu impaknya apa kepada budak kecik ni. Mereka akan tidur lepas subuh untuk tahu sebab apa atok diorang larang. Haa.. cuba bayangkan benda yang haram dari segi islam kita buat macamana atok tadi buat. Sudah pasti cucu tersebut akan buat benda haram tu dulu untuk tahu sebab apa atok dia larang.

Haa.. ambil iktibar, ambil pengajaran, happy kan diri kita tiap hari untuk mendapat hasil kerja yang berkualiti. Sekian dulu daripada saya. Insyallah kita sambung perkongsian ilmu kita di masa akan datang. Wasalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsi idea murni anda di sini :)

Mahukan bantuan! Apa masalah paling susah diselesaikan?