"Kurang-kurangkanlah daripada suka mengkritik orang, kerana kita kadang-kadang tidak sedar makhluk yang kita kritik diciptakan oleh ALLAH yang maha bijaksana, secara tidak langsung kita mengkritik ciptaan-NYA.Renungkan."

'BEST' berilmu jika disebarkan...



Salam ukhwah rakan blog sekalian. Alhamdulillah kita masih lagi diberi peluang hidup oleh Allah S.W.T. pada hari ini. Mulakanlah kehidupan dengan mengucap ‘alhamdulillah’ sebagai tanda syukur kita kepadaNya. 

                Hari ini TK ingin menceritakan tentang perihal kehidupan. Pepatah orang barat ‘life is not a destination but it is a journey’. Kehidupan kita bukanlah satu takuk destinasi yang ingin dituju tetapi ia adalah sebuah perjalanan yang sementara.

                Tetapi kebanyakan manusia hari ini menjadikan dunia ini seoalah-olah sebuah destinasi yang ada penamatnya. Justeru, mereka berlumba-lumba mengejar dan berlari kea rah destinasi masing-masing. Alangkah ruginya kita andai kita tergolong daripada golongan ini.


                Tidak salah kita mengejar kekayaan atau kepentingan dunia tetapi berpada-pada. Gunakanlah masa yang begitu singkat ini untuk kita kumpul bekalan ke sebuah ‘destinasi impian’ umat Islam di akhirat kelak.

                Hari ini kita gembira dan suka, tetapi tiada manusia yang tahu apa berlaku pada keesokkan harinya. Mungkin kita duka, mungkin juga kita dihina. Oleh itu, marilah kita mengaplikasi (mengamalkan) ilmu yang kita ada. Tidak berguna jika ada ilmu yang banyak tetapi ‘kosong’ amalannya. Ibarat kita ada ‘kereta ferrari’ tetapi tidak ada lesen kereta.

                TK pernah jumpa seorang ini yang hebat ilmunya tapi kurang cara peradabannya bila berinteraksi. Orang ini mempunyai kelebihan ilmu yang agak banyak daripada rakan-rakan yang lain. Satu hari dia berkata “kalau kita hendak mengajar atau menyampaikan sesuatu ilmu kita mesti habis sepenuhnya ilmu tersebut”. Pada pemikiran TK ayat yang digunakan kurang bersesuaian dengan kaedah umum atau asas penyampaian ilmu. Mana mungkin kita habis sepenuhnya ilmu Allah S.W.T. itu sedangkan ia sebesar lautan tetapi ilmu yang ada ibarat setitis air di cawan.

                Pandangan TK tentang cara kita menyampaikan sesuatu ilmu adalah mengikut keadaan setempat. Cuba kita bayangkan golongan-golongan yang kurang arif bab keagamaan disogokkan dengan hujah-hujah ulamak yang panjang lebar. Lambat laun mereka akan boring dan semakin menjauhi kita. Gunakan cara yang senang dan mudah difahami baru kita peroleh keberkesanannya. Oleh itu, bagi TK memang perlu menuntut ilmu sehingga mengusainya tetapi sebarkanlah ilmu sebelum kita mengusainya walaupun sedikit.

                Ilmu itu milik Allah S.W.T. jika kita jaga dan sebarkan, insyallah kita akan peroleh keberkatan dan kerahmatan. ‘Best’nya ilmu ini kalau diberi semakin bertambah, berlainan seperti aset ataupun benda. Oleh itu, jangan kita malu menyebarkannya jika kita ada ilmu yang sikit kerana dengan tersebarnya yang sedikitn akan menjadi banyak dengan kekuasaan Allah S.W.T.

Ramai ‘member’ selalu tanya TK cara belajar yang berkesan. Ada salah seorang rakan TK kata dia rajin belajar, rajin baca buku dan membaca tetapi cepat lupa. Ulasan TK, sifat manusia memang pelupa dan kita tidak akan boleh elak daripada sifat ini walaupun makan makanan perangsang otak ‘beribu’ biji sekalipun. TK menggunakan pendekatan berlainan daripada mereka. Cara belajar yang simple dan mudah boleh dipraktikkan oleh semua rakan-rakan blogger. 

1.       Tolong ibubapa dan guru
2.       Sebarkan ilmu yang kita belajar pada hari ini   
          kepada rakan lain walaupun sedikit.

Itulah cara TK semenjak sekolah menengah. Impaknya besar berbanding kita dok duduk membaca dan menghafal ‘buta’ buku pelajaran kita. Belum tentu kita faham dan ingat sehingga kita dewasa. Kata guru TK, kalau kita tidak faham sekarang tidak mengapa kerana ilmu itu akan sampai tetapi berbeza waktu dan keadaan bagi setiap manusia.

                Rasanya sudah hari ini itu sahajalah entri TK. Insyallah TK akan perbaiki cara penulisan yang lebih mudah dan ‘sempoi’ untuk dibaca. Sokongan rakan-rakan menjadi pemangkin TK untuk terus menyebarkan ilmu dan berkongsi dengan kalian… insyallah kita berjumpa lagi. Wasalamm..

13 ulasan:

  1. artikel yg menarik..
    nice.

    BalasPadam
  2. best3....
    nk kongsi...

    BalasPadam
  3. huhu.. bro..
    patut hang power...

    BalasPadam
  4. hanya hamba Allah yg biasa...
    insyallah..
    selagi diberi kesempatan..
    akan ana beri info yg lbh mnrk..
    utk perkongsian

    BalasPadam
  5. mcmne kalau kita bg ilmu org tu mrh kt kte??

    BalasPadam
  6. boleh tolong akak buatkn entri tntng isu aurat??

    BalasPadam
  7. insyallah jika diberi kesempatan saya buat entri berkenaan aurat...
    antara kita..

    BalasPadam
  8. Salam faris. TK ke faris nama awk ye. Takpelah, apepun, btl jg pendapat awk tu. ilmu itu takkan hbis, makin dicari, makin tidak mencukupi. tidak kira ilmu apa yg kita ada, perlu kita kongsikan walaupun sedikit. Berguna untuk orang tersebut dan insyaallah berguna juga untuk kita di akhirat sana. yang penting ikhlas...

    BalasPadam
  9. Wasalam.. ramai juga yang bertanya TK itu apa..
    TK kembali kepada nama blog Tazkirah Kejap...
    faris adalah nme sye..
    Mudah-mudahan kita sama-sama mengamalkan ilmu yang kita ada dan mnyebarkannya.. amin

    BalasPadam

Kongsi idea murni anda di sini :)

Mahukan bantuan! Apa masalah paling susah diselesaikan?