"Kurang-kurangkanlah daripada suka mengkritik orang, kerana kita kadang-kadang tidak sedar makhluk yang kita kritik diciptakan oleh ALLAH yang maha bijaksana, secara tidak langsung kita mengkritik ciptaan-NYA.Renungkan."

Musibah datang tanda kemenangan GEMILANG..!!



Salam kalian semua rakan blogger yang disayangi. Alhamdulillah hari dapat juga TK post satu entri di dalam blog ini. Setelah sekian lama menyendiri dan menyepi dari alam penulisan blog. Akhirnya TK tertarik semula untuk menulis kembali. Syukur kepada Allah s.w.t. kerana memberi lagi ruang kehidupan untuk TK terus menulis. Moga-moga apa yang TK hendak sampaikan memberi manfaat dan kebaikan kepada kalian.

                Hari ini TK bersyukur kepada Allah kerana melancarkan urusan duniawi TK sepanjang TK berada di USIM. Bersyukur juga TK mempunyai kawan-kawan yang sentiasa disamping TK walau dalam susah dan senang. Tajuk TK hari ini adalah “musibah yang datang tanda kemenangan gemilang”. 

                Pasti kalian tertanya-tanya apakah maksud tersirat dibalik tajuk entri kali ini. TK hendak bawakan sebuah cerita menarik tentang rakan TK. Andaikata rakan itu yang membaca moga-moga dia senang dengan penulisan yang serba ringkas ini.

                Kisahnya bermula bila seorang rakan TK ingin memulakan ‘presentation’ ataupun pembentangan dihadapan pensyarah. Malang tidak berbau tiba-tiba benda yang diorang hendak persembahkan tidak dapat dibaca oleh sistem makmal komputer. Maklumlah kita hanya merancang yang terbaik tapi natijahnya hanya dibawah kekuasaan Allah s.w.t.

                Apa lagi diorang pun kenalah marah atas alasan tidak buat ‘rehearsal’ ataupun persediaan yang cukup. Tapi pensyarah tetap suruh mereka persembahkan hasil kerja mereka. Malang mendatang sekali lagi bila mereka terlupa perbetulkan perkataan yang salah. Apalagi bertambah beranglah pensyarah tersebut. Belum habis presentation lagi mereka sudah diberitahu mereka hanya boleh mencecah markah paling tinggi pu 10/30….

                Rasa kesian pun ada dekat kumpulan ini. Setelah memujuk pensyarah untuk ‘postpone’ akhirnya mereka dibenarkan untuk tangguh pada minggu hadapan. 

                Pada minggu hadapannya, Alhamdulillah semua kumpulan ‘present’ dengan lancar dan teratur. Itulah sedikit peceritaan ringkas daripada TK. Pengajaran yang boleh diambil pada entri kali ini adalah jangan kita nilai benda yang tidak siap jika kita ditugaskan sebagai penilai. Jangan kita rasa kecil hati bila hasil tidak seperti apa yang dirancang. Jangan kita sombong diri bila kita sudah berjaya

                Sekian daripada TK… wallahua’lam…

2 ulasan:

Kongsi idea murni anda di sini :)

Mahukan bantuan! Apa masalah paling susah diselesaikan?