"Kurang-kurangkanlah daripada suka mengkritik orang, kerana kita kadang-kadang tidak sedar makhluk yang kita kritik diciptakan oleh ALLAH yang maha bijaksana, secara tidak langsung kita mengkritik ciptaan-NYA.Renungkan."

First time masuk CORAL SPEAKING.. Conductor..,.!

 
Salam semua rakan blogger. Alhamdulilah syukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan kekuasaanNya kita bernaung di alam ini. Semoga kita selalu mengambil iktibar dibalik rahsia alam. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. semoga kita beroleh syafaat dan manfaat daripada baginda di akhirat kelak. 

                Hari ini TK ingin kongsikan kepada kalian bahawa barang siapa yang berusaha kejayaan dan kemenangan ditangan mereka. Kisahnya bermula bila ustazah Salma iaitu guru bahasa arab kelas TK memberitahu bahawa setiap kelas kena buat persembahan dan setiap persembahan membawa markah-markah yang tertentu. 

                Kami membuat keputusan untuk memilih ‘coral speaking’ sebagai pilihan. Hari demi hari kami berlatih. Segala penat lelah dan pengorbanan masa kami luangkan. TK ditugaskan sebagai ‘conductor’ untuk persembahan tersebut. Buat julungkalinya TK masuk pertandingan di bawah nama ‘coral speaking’ dan menjadi conductor bagi kelas TK. Mula-mula fikir boleh ke jadi conductor tanpa pengalaman. Rupanya percubaan itulah pengalaman, jika kita tidak mencuba pasti pengalaman kita tiada. 

                Pengalaman menjadi conductor suatu perkara manis yang tidak akan TK lupakan. Bermacam kerenah dan ragam manusia harus diserasikan bila bergelar conductor. Jika perangai dan kelakuan sebegini kena buat macam ini, kalau orang lain kena sesuaikan bakat yang ada pada orang itu. Mula-mula sungguh merumitkan tetapi lama-kelamaan sudah semakin serasi dan sepadu dengan kerenah mereka. Kadang-kadang macam nak marah tapi sabar jela…. Mungkin ini ujian Allah s.w.t. sebelum Dia beri berita gembira kepada hambanya.

                Hari perlawanan semakin hampir, hasil yang terbaik belum kami sepakati. Latihan demi latihan kami lakukan untuk menyesuaikannya dengan keadaan. Bila tiba hari yang ditunggu, hati berdegup semakin laju justeru gemuruh menjadi guruh. Pelengkap persembahan TK utarakan. Biar penat badan asal tujuan beroleh kejayaan.

                Kemuncak persembahan kami, dimulai dengan tepukan dari pihak penonton. Alhamdulillah segala hasil mengikut apa yang dirancang. Kami mendapat johan pertandingan tersebut. Benarlah kata pepatah siapa yang berusaha pasti dia beroleh hasil sepertimana yang dia usahakan. 

Sekian daripada TK, semoga kita beroelh hasil sepertimana apa yang kita rancangkan….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsi idea murni anda di sini :)

Mahukan bantuan! Apa masalah paling susah diselesaikan?