"Kurang-kurangkanlah daripada suka mengkritik orang, kerana kita kadang-kadang tidak sedar makhluk yang kita kritik diciptakan oleh ALLAH yang maha bijaksana, secara tidak langsung kita mengkritik ciptaan-NYA.Renungkan."

Siapa kita disisi Rasulullah s.a.w. SEBENARNYA???



Salam takzim kepada semua rakan blogger sekalin. Alhamdulillah hari ni TK hendak menceritakan sebuah artikel yang agak jarang TK uar-uarkan di blog ini. Berkaitan siapa kita di sisi Nabi Muhammad s.a.w.

                Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan ahlinya. Semoga kita beroleh manfaat daripada syafaat baginda s.a.w. Kebanyakan daripada kita bila mendengar nama Rasulullah s.a.w. atau Nabi Muhammad s.a.w. buat dengar  tak dengar sahaja. Tahukah kalian barang siapa yang inginkan syurga indah Allah s.w.t. ada dua perkara penting. Pertama rahmat daripada Allah s.w.t. dan syafaat baginda Nabi Muhammad s.a.w.

                Pernahkah kalian terfikir berapa ramai umat islam di muka bumi ini semenjak utusan Nabi Muhammad s.a.w. menjadi pesuruh Allah s.w.t. Jumlah terkini umat islam adalah 1.5 bilion. Ini bagi mereka  yang masih hidup. Jadi berapakah bilangan mereka yang telah meninggal dunia. Tidak perlu berfikir, sudah tentu puluhan ataupun ratusan billion ramainya.

                Kiraan di atas TK tunjukkan supaya kita ini sedar berapa ramai yang memerlukan syafaat daripada baginda s.a.w. ketika di akhirat kelak. Itu tidak termasuk umat nabi-nabi sebelum kelahiran Nabi  Muhammad s.a.w. Tidak terkira ramainya sejak daripada zaman Nabi Adam a.s. sehingga sekarang. Semuanya berkeinginankan syafaat daripada baginda s.a.w.

                Jika kita terus leka dengan permainan dunia ini, takut-takut kita terlepas daripada syafaat Nabi s.a.w.  Nauzubillah. 

7.  Dan kamu menjadi tiga golongan.8.  Yaitu golongan kanan. alangkah mulianya golongan kanan itu. 9.  Dan golongan kiri. alangkah sengsaranya golongan kiri itu. 10.  Dan orang-orang yang beriman paling dahulu, 11.  Mereka Itulah yang didekatkan kepada Allah. 12.  Berada dalam jannah kenikmatan. 13.  Segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu, 14.  Dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian.
(Surah Al-waqiah 8-14)

            Jika kita lihat ayat ini, Allah s.w.t. hendak beritahu dekat kita bahawa golongan akhir zaman inilah golongan kecil di dalam syurga. Justeru mari kita fikir…

Berapa banyakkah sumbangan kita pada agama?
Apakah yang hendak kita persembahkan di hadapan baginda s.a.w. ketika kita ingin meminta syafaat daripada baginda s.a.w?
Apa bukti yang menunjukkan kita umat Nabi Muhammad s.a.w.?
Adakah kita menyahut selawat Baginda s.a.w. ketika kita mendengar orang menyebut Nabi Muhammad s.a.w.?
Adakah kita mengikut sunnah baginda s.a.w?

Artikel ini adalah untuk TK dan kalian semua. Kadang-kadang ada juga manusia yang lebih utamakan duit dalam memilih halal dan haram. Dalam berjual beli, memilih barang, menceburi sesuatu perniagaan dan sebagainya. Mereka lebih sayangkan nilai duit berbanding kualiti halal sesuatu barang.

            Misalnya, dalam konteks memilih barang. Satu ada cop halal JAKIM harga RM2, manakala satu lagi tiada cop halal langsung tapi harga RM1. Mereka sanggup memilih barang yang murah berbanding nilai halal sesuatu barang. Mungkin kalian ada yang berkata “alah cop JAKIM pun belum tentu halal”.

Baiklah TK bagi perumpamaan lain di kedai daging segar. Penjual dah terangkan yang disembelih halal RM20 sekilo, satu lagi yang tidak disembelih RM10 sekilo. Semestinya kalian akan kata “pilih yang halallah, tak kan yang haram”. Tapi berapa ramai daripada kalangan kalian yang memilih Bank Islam yang telah diterangkan akad, kontrak dan diselenggara dengan tertib berdasarkan islam tapi mahal sedikit, berbanding siapa yang berurusan dengan Bank Konvensional yang terang-terang mengamalkan riba dan hukumnya haram di sisi islam.      

Awas semua!!! takut-takut kita nanti di akhirat dianggap RM1 ringgit lebih penting daripada akhirat, RM1000 lebih berharga daripada syurga Allah s.w.t., RM10000 dalam perniagaan haram lebih penting daripada rahmat Allah s.w.t. RM100000 dalam pelaburan haram lebih penting daripada azab NERAKA ALLAH s.w.t.

Sekian daripada TK semoga kita ditingkatkan iman dan ketaqwaan demi mengharungi kemaslahatan dunia. Amin.. Wallahua’lam.

2 ulasan:

  1. thankz Dr,, lame dah xbce blog Dr.. :)

    BalasPadam
  2. welcome... silakan baca.. mungkin saya nak buat pendekatan lebih santai dalam penulisan...

    BalasPadam

Kongsi idea murni anda di sini :)

Mahukan bantuan! Apa masalah paling susah diselesaikan?