"Kurang-kurangkanlah daripada suka mengkritik orang, kerana kita kadang-kadang tidak sedar makhluk yang kita kritik diciptakan oleh ALLAH yang maha bijaksana, secara tidak langsung kita mengkritik ciptaan-NYA.Renungkan."

Bagaimana Nak Buat Pahala | Free of charge!





Salam rakan yang disayangi dan dihargai. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Kesyukuran juga dipanjatkan kepada Allah SWT kerana memberi kita ruang kelapangan masa untuk mencari serba sedikit ilmu dan pengetahuan. 


Akhwan dan akhwat hari ini kita melihat dunia begitu besar sebagai tujuan hidup. Namun segelintir sahaja daripada kita yang melihat dunia ini sebagai batu loncatan keredaan Allah SWT. 


          Hari ini saya ingin berkongsi tip mudah peroleh pahala. Opps sekejap. Sebelum itu saya ingin mengajak kalian tarik nafas sedalam-dalamnya. Kemudian hembus perlahan-lahan. Supaya diri kita lebih focus tentang apa yang ingin saya sampaikan.


          Saya tidak berminat untuk menjadikan artikel ini berat dan kompleks. Supaya ia lebih mudah difahami. Bila kita duduk sorang-sorang kita selalu mengelamun. Tip yang pertama nak dapat pahala mengelamun adalah niatkan kita melihat kebesaran Allah SWT. Ucaplah SUBHANALLAH…



Percaya atau tak kita perolehi pahala daripada Allah SWT, insya ALLAH. Akhwan, bila kita renung berapa banyak yang kita sumbangkan kepada Islam. Berapa banyak ilmu yang kita belajar tentang Islam. Kalau belajar pun tak banyak, jangan ditanya tentang mengajar.


Ok. Sekarang saya nak beritahu bahawa setiap guru mengajar & menyampaikan ilmu, kita sebagai orang biasa mendapat tempias pahala. Apa yang seronoknya? Pahala kita sama seperti guru yang mengajar itu tanpa dikurangi sedikit pun. Subhanallah, begitu pemurahnya Allah SWT.


Tak perlu modal, tak perlu duit. Hanya guna kelebihan dalam diri kita untuk mendapat pahala. Caranya ialah kita ‘share’ segala input berkaitan agama dalam Facebook, Twitter, MySpace dan sebagainya. Setiap manusia yang lihat share kita, justeru terlintas menjadi baik. Subhanallah, sepanjang hidupnya membuat kebaikan kita dapat pahala. Haa… Nampak tak Maha Kaya Allah SWT. 



          Akhwan dan akhwat, Allah ni sayang dekat kita. Dia bagi Syurga siapa sahaja yang dia suka. Dengan syarat hambaNya itu ada usaha nak buat baik demi keredhaan Allah SWT. Dalam facebook banyak benda kita boleh share atau tag. Benda ini simple kalau kita tahu. Selepas tu, ada orang tanya. 


“Saya tak pandai agama, macam mana nak share atau post-post dakwah”



          Jawanpannya sahabat, anda hanya perlu ‘like’ page unsur dakwah. Cuba cari page ustaz-ustaz kita contohnya Zaharuddin.net, Dr.Maza, Prof. Dr. Muhaya, Ustaz Zahazan dan banyak lagi. Dekat dalam page diorang banyak cerita fasal dakwah atau kata-kata hikmah. Just click and share. Insya ALLAH saham akhirat kita semakin bertambah.


Jika anda minat kartun, like page-page dakwah santai contohnya Jom baca hadis, mujahid(perkongsian ilmu, jom dakwah, Nahdah Muslim, Like suka-suka jer dan macam-macam lagi. 


          Akhir kata akhwan dan akhwat, moga kita dapat mengambil manfaat sedikit sebanyak daripada artikel kecil ini. Semoga saat ini kita mengorak langkah menuju keredaan Ilahi. Bila lagi nak sumbangkan peranan kita sebagai hamba ALLAH swt. Sekaranglah masanya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsi idea murni anda di sini :)

Mahukan bantuan! Apa masalah paling susah diselesaikan?