"Kurang-kurangkanlah daripada suka mengkritik orang, kerana kita kadang-kadang tidak sedar makhluk yang kita kritik diciptakan oleh ALLAH yang maha bijaksana, secara tidak langsung kita mengkritik ciptaan-NYA.Renungkan."

8 Perisian Wajib Usahawan Online




Bismillah.
Assalamualaikum sahabat pembaca budiman. Saya doakan orang yang membaca artikel ini diberkati ilmunya.
Dilapangkan dadanya. Dideraskan rezekinya. Amin Ya Rabb. Semoga ia menjadi saham saya di akhirat kelak.
Tahun 2011 – Fbads Diperkenalkan.
Usahawan seakan menarik nafas lega. Senang kerja kata mereka.
Mana tak lega, kita siap boleh target lagi, siapa yang boleh lihat iklan kita daripada segi umur, tempat, minat, dll.
Sekarang,
Semua produk/servis boleh didapati di internet. Klik, klik. Boleh jumpa. Sangat mudah.
Bukan nak cerita FBads. Saya nak kongsi tool-tool sampingan semasa berurus-niaga. Mungkin sesuai dengan tuan puan, mungkin juga tidak. J
Nak tahu? Jom saya tunjukkan.

1# - Notepad
Tujuan & Kelebihan:
·         Perisian yang percuma. (Klik start – taip ‘Notepad’)
*Khas untuk Window 7.
·         Boleh catat nota semasa baca ebook atau artikel.
·         Senang buka, tak sampai 2 saat.
·         Digunakan untuk rangka ayat jualan.
·         Digunakan untuk simpan, ayat-ayat follow-up.
·         File yang sangat kecil, kurang 5kb. Jimat cakera keras (hard disk).

Kekurangan:
·         Tak boleh ubahsuai perkataan seperti warna, bold, dll.
·         Tak boleh convert kepada pdf.
2# - Sticky Note
Tujuan & Kelebihan:
·         Perisian yang percuma. (Klik start – Taip ‘Sticky Notes’)
*Khas untuk Window 7.
·         Senang rujuk, perisian ini akan melekat di desktop kita.
·         Senang nak copy+paste, icon-icon lawa untuk status Facebook.
·         Boleh tukar-tukar warna. Menarik mata.
·         Senang untuk simpan link URL.

Kekurangan:
·         Laptop akan sedikit berat untuk mula beroperasi.
·         Shutdown sedikit lambat, sebab perisian dikira masih terbuka.
·         Kalau tak pandai susun, jadi serabut.

3# - Snipping Tool
Tujuan & Kelebihan:
·         Perisian yang percuma. (Klik start – Taip ‘Snipping Tool’)
*Khas untuk Window 7.
·         Sesuai untuk crop gambar dekat desktop.
·         Sesuai untuk simpan bukti pembayaran.
·         Sesuai untuk screenshot apa-apa masalah berkaitan software.
·         Fail yang senang dikendalikan. Friendly.

Kekurangan:
·         Tak boleh ubah suai gambar.
·         Tak semua laptop ada. Kalau ada, beruntunglah.

4# - Microsoft Word
Tujuan & Kelebihan:
·         Perisian berbayar tapi biasanya semua laptop ada.
·         Sangat sesuai untuk tulis artikel panjang.
·         Sesuai untuk buat ebook panduan, teknik, tutorial, dll.
·         Boleh ubah suai banyak perkara. (font, warna, gambar, dll)
·         Popular. Kebanyakkan laptop ada. Tiada masalah fail tak boleh buka.
Kekurangan:
·         Memerlukan ruangan cakera (disk space) yang besar. Jika fail besar.
·         Memerlukan masa yang agak lama, jika fail berat.
·         Akan menjadi semakin lambat, jika syarikat Microsoft kemas kini perisian yang terbaru. (yang lama jadi perlahan sedikit)

5# - Microsoft Power Point
Tujuan & Kelebihan:
·         Perisian berbayar, tapi biasanya setiap laptop sudah ada.
·         Sangat sesuai untuk buat pembentangan online coaching.
·         Sesuai untuk rakaman, pemasaran video.
·         Sesuai untuk buat gambar iklan FBads. (Kena tahu teknik).
·         Senang untuk alih-alih gambar, video, audio.

Kekurangan:
·         Perisian yang berat, jika terlalu banyak gambar.
·         Perlukan kemahiran untuk ubahsuai.

6# - Photoshop
Tujuan & Kelebihan:
·         Sesuai untuk mereka yang sukakan bidang design.
·         Boleh digunakan buat minisite.
·         Jika mahir, gambar yang diubahsuai sangat menarik.
·         Digunakan untuk buat ecover ebook. (Jika tahu tekniknya)
·         Boleh buat banner yang bergerak-gerak.
Kekurangan:
·         Perisian ini berbayar. (Kalau pandai boleh dapat percuma)
·         Sukar untuk orang biasa. (Bukan designer)
·         Perisian yang rumit, perlukan kemahiran dan ilmu dalam bidang ini.

7# - Kompozer
Tujuan & Kelebihan:
·         Perisian ini percuma. (Pergi google > taip “Free Download Kompozer”)
·         Digunakan untuk edit HTML.
·         Sangat sesuai buat minisite.
·         Sangat mudah & menarik jika sudah biasa.
·         Boleh buat squeeze page untuk kumpul database.
Kekurangan:
·         Perlukan ilmu dalam bidang HTML.
·         Agak rumit untuk orang awam kendalikan.
·         Silap setting jadi lain.

8# - Filezilla
Tujuan & Kelebihan:
·         Perisian ini percuma. (Pergi Google > Taip ‘Free Download Filezilla’)
·         Digunakan untuk upload fail HTML ke server.
·         Senang dan mudah dikendalikan. (Bagi mereka yang tahu)
·         Sesuai untuk mereka yang ada blog/website.
Kekurangan:
·         Agak rumit untuk dikendalikan orang awam.
·         Perlu ada hosting & domain untuk menggunakannya.
·         Tak sesuai untuk mereka yang kosong ilmu coding.

Itulah 8 tool utama dalam laptop saya. Ada banyak lagi, tapi cukuplah lapan ini untuk uruskan bisnes.
Tuan puan ada perisian lain nak kongsi?

Boleh kongsi di ruangan komen ya. :)











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsi idea murni anda di sini :)

Mahukan bantuan! Apa masalah paling susah diselesaikan?