"Kurang-kurangkanlah daripada suka mengkritik orang, kerana kita kadang-kadang tidak sedar makhluk yang kita kritik diciptakan oleh ALLAH yang maha bijaksana, secara tidak langsung kita mengkritik ciptaan-NYA.Renungkan."

Kifarah setubuh siang Ramadhan...


Kifarat puasa terdiri dari 3 bentuk sebagaimana didalam hadith Bukhari (Fathul al-Bahri No:1936):-



a. memerdekakan hamba

b. Jika tidak mampu, puasa 2 bulan berturut-turut

c. Jika tidak mampu, beri makan kepada 60 orang miskin


Menurut Imam Ahmad

Perkara diatas ini berbentuk pilihan. Pilih salah satu darinya sudah mencukupi.


Persoalannya sekarang, adakah kedua-dua suami isteri (didalam pilihan berpuasa 2 bulan) dikenakan kifarat?

Menurut jumhur
Kedua-dua suami istei di wajibkan berpuasa 2 bulan berturut-turut jika kedua-dua redha.

Jika isterinya tidak redha, dan di paksa oleh suami, maka hanya si-suami saya yang wajib berpuasa. Isteri hanya membayar 1 hari qadha’.


Imam Nawawi rh.

berpendapat bahawa pendapat yang dipilih adalah hanya suami/lelaki sahaja yang berpuasa 2 bulan berturut-turut, dan perempuan tidak dibebankan keatasnya. Beliau mengaitkan perkara ini dengan hak nafkah, iaitu khusus bagi lelaki sebagaimana mahar juga. Pendapat ini juga disokong oleh Imam Ahmad. [al-Mughni, 3/112].


Kesimpulannya, menurut Imam Syafie

hanya si-suami yang wajib berpuasa 2 bulan berturut-turut, dan si-isteri hanya wajib mengqadha’ satu hari sahaja. Jika tidak mampu melakukan puasa, berilah makan kepada 60 orang miskin. WA.


Sekian, Wallahua'lam
Rujukan : al-Qaradhawi. Fiqh al-Shiyam. Darul Wafa’, 1998.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsi idea murni anda di sini :)

Mahukan bantuan! Apa masalah paling susah diselesaikan?