"Kurang-kurangkanlah daripada suka mengkritik orang, kerana kita kadang-kadang tidak sedar makhluk yang kita kritik diciptakan oleh ALLAH yang maha bijaksana, secara tidak langsung kita mengkritik ciptaan-NYA.Renungkan."

Berbudi baik pada ibu bapa...

Surah Isra':23
وَقَضَى رَبُّكَ أَلاَّ تَعْبُدُواْ إِلاَّ إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلاَهُمَا فَلاَ تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ وَلاَ تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلاً كَرِيمًا
Maksudnya:
"Dan Tuhanmu telah menetapkan supaya kamu jangan menyembahselain Dia, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibubapamu dengan sebaik-baiknya.
Jika salah seorang diantara keduanya atau kedua-duanya
sampai umur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia"

Ayat ini jelas memberi peringatan penting kepada kita tentang tanggungjawab kita terhadap ibubapa yang masih hidup samaada tinggal bersama atau telah menetap di rumah sendirian.

Penegasan daripada Pencipta sekalian alam... "Berbuat baik kepada ibubapa dengan sebaik-baiknya." merupakan ayat perintah wajib kepada setiap insan di muka bumi ini. Kalau kita perhatian secara tersirat ada 3 perintah Allah S.W.T. dalam ayat ini.

Pertama... kewajipan berlaku baik...
Tapi sayang generasi kini sebahagiannya mula alpa dengan amanah yang diberikan... salah satu faktornya kerana kesibukan kerja... Kita kerja bertungkus lumus melaksanakan fardu kifayah sehingga melupakan kewajipan fardu ain sebagai anak... kita selidik diri kita balik adakah kita tergolong dalam situasi ini...

Kedua... dilarang melontarkan kata-kata 'ah'..'cis'...'uff'
Maksud di sini anak dilarang mengucapkan kata-kata yang merendahkan ibubapa... Jangan kita fikir bahawa perkataan tertentu sahaja dianggap derhaka...bahkan perkataan selembut 'wuh' pun dianggap derhaka... ini kan pula 'kurang ajar'....mengapa Allah S.W.T. gunakan perkataan 'uff' secara simboliknya kalau kita sebut perkataan 'uff' sampai mana boleh kuat berbanding perkataan 'ah'... ini menunjukkan , sedangkan perkataan seperti 'uff' pun x boleh lagikan perkataan lain yang nada suaranya lebih tinggi...

Ketiga.... dilarang membantah samaada dalam bentuk ucapan atau perlakuan...
Setiap arahan dan teguran yang diberikan mestilah diterima pakai selagi tidak bertentangan dengan syarak...
ini tidak ada pada diri sebahagian daripada kita... semakin ilmu tinggi semakin sombong pada diri... kononnya ilmu kita lebih berbanding ibubapa yang mempunyai sijil peringkat rendah.... walaupun kita tinggi ilmu sehingga berkelulusan phd sekalipun.... jangan kita lupa tanpa mereka , kita tak kan kemana... bagi golongan ini bukan status mereka nak ikut cakap ibubapa yang kurang ilmu nya.... awas teman ... elakkan diri dari tergolong dalam kumpulan ini....

insyaallah .. pada masa akan datang saya akan tambah pengisian ini... Wallahua'lam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsi idea murni anda di sini :)

Mahukan bantuan! Apa masalah paling susah diselesaikan?