"Kurang-kurangkanlah daripada suka mengkritik orang, kerana kita kadang-kadang tidak sedar makhluk yang kita kritik diciptakan oleh ALLAH yang maha bijaksana, secara tidak langsung kita mengkritik ciptaan-NYA.Renungkan."

Bagaimana wuduk yg sempurna...

Solat atau lebih dikenali sembahyang merupakan sendi tiang agama islam..Tanpanya seseorang muslim itu goyah dan rapuh...
Sebagaimana yang kita tahu setiap perkara ada mulanya...
Solat yang sempurna mestilah mempunyai wuduk yang sempurna...
Di sini kita bincang dulu pasal wuduk ...

PENGERTIAN WUDUK
Dari segi bahasa:
Mengambil air sembahyang
Dari segi syarak:
Membasuh anggota tertentu dengan menggunakan air dimulai dengan niat.

Fardu Wuduk

Niat                                              

Lafaz niat wuduk dalam bahasa melayu:
"Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Taala"
@
"Sahaja aku berwuduk kerana Allah Taala"



                                     Masalah                                                  
Sesiapa yang tidak boleh berhenti membuang    
(kuasa menahan air kencing sudah tiada) atau    
seorang wanita yang mempunyai penyakit da-
rah sentiasa keluar dari kemaluannya bolehlah
berniat seperti berikut:

"Sahaja aku mengangkat hadas kecil fardu ke atasku kerana Allah Taala"

Membasuh muka                       

Kawasa muka yang wajib dibasuh ialah dari tempat tumbuh rambut di atas kepala sehingga penghujung tempat tumbuh janggut.
Bahagian melintang pula di antara dua anak telinga.
Kita wajib menyampaikan air ke seluruh tempat termasuk bulu-bulu mata, janggut, misai, kening, jambang dan sebagainya.

Sunat doa:
"Ya Allah, putihkanlah mukaku dengan cahaya Engkau sewaktu putihnya muka wali-wali Engkau, dan janganlah Engkau hitamkan mukaku dengan kegelapan sewaktu Engkau hitamkan muka musuh-musuh Engkau"

3  Membasuh kedua-dua belah tangan hingga ke siku 

Membasuh bukanlah bermakna sampai siku sahaja, hendaklah dilebihkan had basuhan sedikit ke atas siku.
Meratakan air keseluruh tangan termasuk di celah-celah kuku (jika panjang)
jika terdapat kotoran di bahagian kuku hendaklah dibersihkan dahulu.
Begitu juga kalau terdapat bulu-bulu yang tebal...

Sunat doa:
Tangan kanan
"Ya Allah, berikanlah kitab amalanku dengan tangan kananku dan hisablah aku dengan hisab yang mudah"

Tangan kiri
"Ya Allah, aku berlindung daripada Engkau daripada memberikan kepadaku kitab amalanku dengan tangan kiri atau dari belakangku"

Menyapu sedikit air di bahagian kepala

Memadai menyapu sedikit air di mana-mana bahagian kepala.

Sunat doa:
"Ya Allah, turunkanlah kepadaku keberkatan Engkau dan naungilah aku di bawah naungan Arasy Engkau pada hari tidak ada naungan melainkan naungan Engkau"

Membasuh kaki hingga dua buku lali

Sebagaimana tangan, kaki hendaklah dilebihkan had basuhan ke atas buku lali.
Begitu juga dicelah-celah kuku dan bulu-bulu kaki.
Wajib menyampaikan di seluruh bahagian kaki.

Sunat doa:
"Ya Allah, tetapkanlah kedua-dua kakiku pada titian sirat, sewaktu Engkau jatuhkan kaki-kaki"

6   Tertib

Didahulukan segala rukun-rukun di atas mengikut giliran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsi idea murni anda di sini :)

Mahukan bantuan! Apa masalah paling susah diselesaikan?