"Kurang-kurangkanlah daripada suka mengkritik orang, kerana kita kadang-kadang tidak sedar makhluk yang kita kritik diciptakan oleh ALLAH yang maha bijaksana, secara tidak langsung kita mengkritik ciptaan-NYA.Renungkan."

Betul ke ONANI itu HARUS?


Assalamualaikum kepada semua pengunjung dan rakan blogger. Moga hari ini lebih baik daripada semalam. Berdoalah di pagi hari agar kita beroleh keberkatan dan kerahmatan sepanjang hari yang kita lalui. Memang ‘best’ hidup bahagia disamping keluarga, terutama yang sudah berumah tangga. Tambahan lagi, hari cuti atau hujung minggu. Masa inilah untuk kita meluangankan masa yang ada untuk beramah mesra. Bagi yang belum berkahwin, sabarlah ya..

                Hari ini TK bercadang membawakan entri yang berkisar tentang ‘ONANI’ atau lebih dikenali dengan ‘lunch up’. Sebelum TK membahaskan perihal topik ini, ada satu kisah yang agak melucukan masa TK sekolah menengah. Ada seorang rakan TK ini, dia agak pandai berbahasa inggeris. Satu hari dia boleh Tanya dalam kelas kepada Cikgu BI (Perempuan belum kahwin) apa makna ‘lunch up’. Rakan lain punyalah ketawa, disebabkan Cikgu tadi tidak tahu makna perkataan tersebut lalu Cikgu itu meminta tempoh untuk diberitahu kepada semua pelajarnya.

                Tidak sempat satu hari, waktu rehat rakan TK sudah dipanggil Cikgu tersebut untuk dikenakan denda kerana menyoal perihal soalan yang berbaur ‘porno’ di dalam kelas. Semenjak itu, rakan TK tidak menyoalkan perkara yang bukan-bukan lagi dalam kelas.


                Kembali kita kepada tajuk perbahasan, pernah soalan ini diajukan kepada Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi. Ini adalah jawapan beliau.

Kadang-kadang darah pemuda bergelora, kemudian dia menggunakan tangannya untuk mengeluarkan mani supaya alat kelaminnya itu menjadi tenang dan darahnya yang bergelora itu menurun. Cara semacam ini sekarang dikenal dengan nama onani “
(bahasa Arabnya: istimta' atau adatus sirriyah).

Kebanyakan para ulamak dunia mengharamkan perbuatan ‘onani’, diantaranya Imam Malik. Beliau mengambil hukum berdasarkan ayat quran di bawah.

"Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya kecuali terhadap isterinya atau hamba sahayanya, mereka yang demikian itu tidak tercela. Tetapi barangsiapa mau selain yang demikian itu, maka mereka itu adalah orang-orang yang melewati batas."
(Al-Mu'minun: 5-7)


Sedang orang yang onani adalah melepaskan syahwatnya itu bukan pada tempatnya. Sedang Imam Ahmad bin Hanbal berpendapat air mani ibarat daging lebihan, oleh itu boleh dikeluarkan ibarat memotong daging lebih. Tetapi Imam Hanafi membataskan perkara tersebut kepada dua perkara.

1.       Kerana takut berbuat zina.
2.       Kerana tidak mampu berkahwin.

Namun  Rasulullah s.a.w. telah memberi kita panduan jika berlaku perkara tersebut contohnya tidak tahan nafsu, miang, dan sebagainya telah diterangkan dalam hadis di bawah.

"Hai para pemuda! Barangsiapa di antara kamu sudah ada kemampuan, maka kahwinlah sebab dia itu dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan; tetapi barangsiapa tidak mampu, maka hendaknya ia berpuasa, sebab puasa itu baginya merupakan pelindung." (Riwayat Bukhari)

Haha… jika anda pelajar STAM jangan kata tidak pernah belajar hadis ini. Jika kita baca maknanya sudah memadai untuk kita faham apa maksud hadis tersebut. Cuma kita kadang-kadang malas hendak mengamalkannya. Lalu diberilah alasan harus kerana hendak mengelak zina. Jangan main-main dalam menghukumkan sesuatu takut-takut di akhirat kita dituding jari kepada kita kerana mengharuskan yang haram.

                TK bawakan hadis lain kenapa ‘onani’ ini merbahaya dekat kita. Malah ia juga bakal merosakkan hati :-

كل عين باكيه يوم القيامه الا عينان عين غضت عن محارم الله

Ertinya : Setiap mata akan menangis di hari kiamat kecuali mata yang dilindungi (berpaling) dari perkara yang diharamkan Allah s.w.t" ( at-taysir bi Syarhi al-Jami' as-Soghir, 2/216 : Hadis Hasan)

Ketahuilah saudara-saudariku, melayani onani merupakan permulaan kehancuran hati seseorang. Merupakan salah satu permulaan kepada zina.Ia sering diwarwarkan kononnya sebagai penyelamat dari zina, hakikatnya ia juga merupakan pintu mula kepada zina.

Ia adalah pintu mula seseorang berjinak dengan melayani nafsu syahwat seksual mereka tanpa menurut arahan Allah dan RasulNya. Nafsu yang tidak dikawal ini adalah sentiasa meminta lebih dan lagi, akhirnya akan menjerumus kepada menonton gambar pornografi, video, mengintai orang mandi dan ditamatkan dengan zina yang tiada had kepuasannya. Memang itu sifat nafsu syahwat samada seksual ataupuan harta. Sekali ia dilayan, tiada lagi pintu puas.

Seperti biasa manusia ini kalau kita hendak tahu sifatnya, tidak akan pernah puas dengan apa yang dimiliki. Kalau dah ada satu hendak dua, kalau dah dua hendak tiga dan seterusnya. Jika kita dibuai dengan harta dan nafsu beginilah jadinya. Ini bertepatan dengan hadis Rasulullah s.a.w. 

لو كان لابن آدَمَ وَادِيَانِ من مَالٍ لَابْتَغَى ثَالِثًا ولا يَمْلَأُ جَوْفَ بن آدَمَ إلا التُّرَابُ      

Ertinya : Sekrianya anak Adam itu punyai dua lembah dipenuhi emas, nescaya sudah tentu mereka akan inginkan yang ketiga, dan tidak disumbatkan diperutnya tanah (mati)( Riwayat al-Bukhari , 5/2364 )


Nampak macam dah kuyu mata baca entri kalau panjang, beginilah kalau diberi huraian lagi memang akan tidur. TK ringkaskan hujah para ulamak tentang hukum ‘ONANI’ atau ‘LUNCH UP’.

1)      Satu perbuatan yang haram, tetapi ia bukanlah     satu jenis dosa besar

Seperti zina,rasuah, riba, membunuh dan sebagainya. Ia dianggap melepaskan nafsu bukan pada tempatnya, ia adalah ditegah oleh Allah s.w.t dalam surah ( Al-Mukminun : 5-7)

Allah menyifatkan orang yang memuaskan nafsunya dengan cara selain dengan isteri atau    suami yang sah sebagai :-
  • a) Malumin : Ertinya : "tercela"
  • b) Al-'adun : Ertinya : " orang-orang yang melampaui batas"
2)      Hukum dosa ini sememangnya boleh berubah menjadi tidak berdosa sekiranya ia dilakukan dalam keadaan dharurat

Perlu diingat dharurat di sini hanya adalah di ketika 'pasti akan terjerumus' iaitu tatkala kemudaratan zina itu benar-benar BOLEH BERLAKU seperti ia telah tahu di mana boleh mendapatkan pelacur, bohsia atau teman wanitanya, punyai tempat yang strategik untuk maksiat dan lain-lain. Maksud TK, jika sekadar ia rasa ingin berzina sahaja tetapi ia tidak punyai teman wanita, ia tidak pernah tahu di mana mahu melanggani pelacur, atau kesimpulan tiada mempunyai idea sebenarnya bagaimana ingin merealisasikan niat jahat berzinanya, disamping masih tidak yakin ia boleh terjerumus ke lembah sehina itu. Hukum keringanan (rukhsah) sementara akibat terdesak dan bagi mengelak zina yang disebutkan oleh sebahagian ulama itu TIDAK boleh dipakai sewenang-wenangnya.

3)      Hukum dosa ini boleh menjadi bertambah besar apabila ia menjadi tabiat dan amalan kebiasaan disebabkan tindakannya sendiri.

Seperti menjadi kegemarannya untuk melihat gambar dan video lucah. Akibat dari tindakannya itu, ia terdorong ingin berzina lalu beronani. Tatkala itu, tindakan onaninya bukan lagi terdesak tetapi dirinya sendiri yang sengaja mendorong kepada terdesak itu. Ia berbeza dengan seseorang yang terangsang syahwat akibat ternampak dan sukar mengelakkan pandangan matanya dari permandangan kurang elok di tempat kerja atau dalam perjalanannya ke tempat kerja dan pulang.

4)      Hukum dosa atau haram melakukan onani bagi lelaki dan wanita juga menjadi  bertambah serius apabila dapat disahkan perbuatan onani tadi mempunyai kesan negatif kepada kesihatan

Bagi menguatkan fatwa hukum, kenyataan doktor sakit tuan, Dr.Ismail Thamby boleh dijadikan panduan fakta iaitu :-

1) kesan buruk kepada kehidupan seksual apabila berumahtangga
Jika anda lakukan onani secara luar biasa seperti melakukan rangsangan seksual secara kasar dan kuat untuk mengecapi klimaks, mungkin apabila beristeri, anda akan mendapati bersetubuh dengannya tidak memberi kepuasan seperti anda kecapi secara onani. Ini menyebabkan anda tidak boleh bertahan lama ketika bersetubuh dengan isteri.


2) Tahap kesihatan kemaluan boleh terjejas hingga Mati Pucuk
Selain itu, jika agak ganas dengan cara merangsang anggota sulit anda sehingga mengakibatkan anggota itu sakit dan bengkak, kemungkinan satu hari anda akan mengalami MATI PUCUK apabila kerosakan lama menunjukkan kesannya. Ini kerana anggota sulit adalah organ vaskular dan tidak boleh diurut atau dirangsang dengan keras. Ia hanya sesuai untuk dirangsang melalui salur faraj perempuan.

3) Boleh Mandul kerana kerosakan buah zakar lelaki
Sebagai contoh, anda melakukan onani dalam keadaan tidak terkawal seperti pengaruh alkohol, menyebabkan tidak tahu atau sedar ketika itu anda teragut buah zakar atau mencederakan buah zakar. Anda hanya menyedari selepas beberapa lama yang buah zakar anda menjadi semakin kecil atau bengkak, dan jika kilang sperma terjejas, anda akan menjadi mandul. Namun, jika kilang sudah rosak dan buah zakar mengecil, tiada penawarnya.


                Agak panjang entri TK kali ini, mudah-mudahan kita dapat mengawal nafsu kita agar isteri kita nanti dapat puas nafsunya ketika diranjang. Begitu juga wanita janganlah beronani (melayan nafsu sendiri) kerana takut-takut lelaki tidak dapat melayan nafsu anda sebagaimana anda melayan dengan sendiri. Harap maklum. Maaf jika ada bahasa yang kurang sesuai digunakan dalam entri ini. Sekian Wasalam… Selamat beramal.

7 ulasan:

  1. insyallah cuba tak masterbut..
    lagi..thank alot

    BalasPadam
  2. owh aq gt harus cam biase jer..
    tu yang sebulan 4 kali tu..
    huhu.. thank bro..
    aq pun xtw sbnarnya

    BalasPadam
  3. alhamdulillah korang dah tahu..
    jgn buat lg yer..

    BalasPadam
  4. wei pomwn pun pndi onani ker..
    aq pun xtw..
    huhu..ganas gak

    BalasPadam
  5. yup panas punya tajuk..

    BalasPadam
  6. dgr lah wahai kaum lelaki..

    BalasPadam
  7. bukan lelaki shj taw..
    perempuan juga...

    BalasPadam

Kongsi idea murni anda di sini :)

Mahukan bantuan! Apa masalah paling susah diselesaikan?