"Kurang-kurangkanlah daripada suka mengkritik orang, kerana kita kadang-kadang tidak sedar makhluk yang kita kritik diciptakan oleh ALLAH yang maha bijaksana, secara tidak langsung kita mengkritik ciptaan-NYA.Renungkan."

Si Khunsa ingin berkahwin... Apa Hukumnya???

Salam rakan TK yang disayangi. Terima kasih kerana memberi luangan masa membaca entri TK hari ini. Suka TK nyatakan di sini bahawa ‘support’ rakan semua menaikkan semangat TK dalam menulis dan terus menulis. Hari ini TK hendak bawakan sebuah persoalan sebahagian masyarakat luar tentang Perkahwinan Khunsa dan apa hukumnya dalam konteks agama Islam. Mungkin ada antara kalian yang lebih arif dan berilmu berbanding TK. Jadi di sini kita berkongsi ilmu untuk menambah pengetahuan kita. TK mengalu-alukan teguran kalian yang lebih arif untuk kita sama-sama mendapat manfaat dan berkat daripada Allah S.W.T.


        Sebenarnya lafaz ‘khunsa’ ini telah dibahaskan oleh para ulamak Islam. Kebanyakan masyarakat ada yang tersalah tafsir penggunaan khunsa yang ditujukan kepada golongan lelaki khususnya. Pada dasarnya Allah S.W.T. menciptakan manusi ini dalam 2 jenis sahaja, ini bertepatan dengan firman Allah S.W.T. dalam surah Hujurat ayat 13 yang bermaksud:


        “Wahai manusia, Kami menciptakan kamu terdiri daripada lelaki dan perempuan”

Dewasa kini, kita dapati terdapat sesetengah daripada golongan lelaki berperwatakan wanita padahal pada asalnya dia seorang lelaki. Banyak gelaran dan ejekan yang dilontarkan seperti pondan, mak nyah, bapok dan banyak lagi. Sebenarnya tidak semua lelaki lembut boleh kita ‘cop’ khunsa sewenang-wenangnya. Keputusan perbahasan ulamak wujudnya perbedaan antara lafaz ‘khunsa’ dan ‘takhannuth’.

Dari segi bahasa khunsa ini berasal daripada perkataan خنث yang bermaksud lemah-lembut. Manakala daripada segi istilah seorang yang ada 2 alat kelamin (kelamin lelaki dan perempuan) atau mempunyai salah satu daripada 2 alat sulit tersebut tetapi ada lubang untuk keluar air kencing.
(Al-Mawardi, Al-Hawi al-kabir, jil.8, hlmn. 168; Wahbah al-zuhaili, al-Fiqh al-islami wa adillatuhu, jil. 8, hlmn. 426)

Manakala lelaki yang berperwatakan wanita disebut ‘al-mukhannath’. Di bawah TK perincikan pembahagian ‘al-Mukhannath’.

1.  Menurut Imam Nawawi, Orang yang mempunyai sifat kewanitaan sejak daripada lahir, maka tiada dosa baginya kerana itu bukan atas kehendaknya, namun dia hendaklah berusaha berubah kepada perwatakan lelaki. Selaras dengan pendapat Ibn Hajar dalam Fath al-Bari.

2.  Orang yang lelaki tapi sengaja menyerupai sifat wanita. Ada juga yang tidak menyerupai wanita tetapi melakukan homoseksual. Orang ini termasuk dalam laknat Rasulullah S.A.W.

Daripada keterangan ini menjelaskan bahawa golongan ‘al-Mukhannath’ tiada masalah dalam bab pernikahan kerana amat jelas statusnya adalah lelaki. Cuma samada berfungsi dengan baik atau tidak.

        Kembali kepada perbahasan kita. Jadi, Boleh atau Tidak khunsa berkahwin?... Penentuan hukum berkaitan ini dibuat mengikut kepada ketetapan status ‘jantina’ mereka. Pakar perubatan hendaklah mengesahkan samaada status mereka lelaki atau perempuan. Selepas dipastikan maka mereka boleh menjalankan perkahwinan seperti biasa jika keputusannya lelaki. Inilah fatwa al-Azhar, Sheikh Ali Jadul Haq.

        Mengikut pendapat Sheikh Hasanain Muhammad Makhluf, fatwa darul Ifta’, khunsa terbahagi kepada dua:

1.  Khunsa Musykil (khunsa yang sukar ditentukan status jantinanya)
-Mereka kebiasaannya telah ditakdirkan oleh Allah S.W.T. mempunyai kedua-dua alat kelamin. Kedua-dua alat tersebut sama-sama dominan. Dalam masalah ini ulamak berbeza pendapat, maka pergilah ke peringkat yang lebih tinggi untuk mengesahkan seperti pakar perubatan, mahkamah syariah atau jabatan mufti.

2.  Khunsa Ghairu Musykil (khunsa yang mudah ditentukan status jantinanya)
-Menentukan status jantina golongan ini ulamak menjelaskan cara-caranya, walaupun tiada kesepakatan ulamak dalam bab ini. Sila lihat bagaimana hendak menentukan khunsa ghairu musykil.

Secara kesimpulannya dapat kita simpulkan bahawa khunsa boleh berkahwin setelah mendapat keputusan dan kepastian daripada pihak pakar tentang status jantinanya. Jika setelah beberapa tahun berkahwin khunsa tersebut tidak dapat memenuhi kehendak seksual isterinya (kerana sifat tabiinya adalah perempuan). Pada waktu ini, isteri boleh memfailkan pembubaran perkahwinan kepada pendaftar perkahwinan. Itu pun sekiranya si suami tidak mahu melepaskan isteri secara rela…Wallahua’lam..


4 ulasan:

  1. Assalamualaikum,

    Ulasan yg baik,tidak banyak artikel/bahan mengenai topik khunsa ini.
    Banyak dugaan yg perlu dihadapi oleh golongan ini terutama dari segi emosi.
    Semoga allah memberi kekuatan dan hidayah kepada mereka..insyallah

    BalasPadam

Kongsi idea murni anda di sini :)

Mahukan bantuan! Apa masalah paling susah diselesaikan?